Asal manakah nombor-nombor yang digunakan pada hari ini? Bagaimana ia dihasilkan? Siapakah yang menciptanya?

Ia dimulai dengan seorang pencinta ilmu matematik. Individu ini dikenali di seluruh dunia dengan nama panggilan ‘algoritmi’ dalam bahasa latin. Ia merupakan asal kepada perkataan algorithm(algoritma).

Dia adalah pengasas kepada kaedah penyelesaian matematik yang dipanggil sebagai Al-Jabr dan sekarang dikenali sebagai ‘Algebra’. 1200 tahun dahulu dia telah menulis satu karya yang dikenali seluruh dunia, buku teks matematik pertama di dunia dan mengira pergerakkan cakerawala sedangkan pada ketika itu orang eropah hanya mampu melihat dia daripada jauh sahaja.

Nama dia adalah Abu Abdullah Muhammad ibn Musa Al-Khawarizmi ataupun nama panggilannya Al-Khawarizmi. Lelaki inilah yang mengumpul dan memudahkan ilmu matematik sehingga mana ia digunakan sampai sekarang
Oh lupa. Dia juga menyebabkan permulaan penggunaan ANGKA YANG DIGUNAKAN sampai sekarang.

Gambar Al-khawarizmi diletakkan di dalam setem bagi mengenang sumbangan beliau dalam ilmu matematik

Dia bukan keturunan Arab. Kemungkinan besar dia adalah orang Parsi. Dilahirkan di Uzbekistan pada tahun 780. Al-khawarizmi mula memasuki catatan sejarah apabila menjadi salah seorang pengajar di sebuah institusi pengajian yang terkenal pada era kemajuan islam iaitu di Baitul Hikmah(House of Widom) di Baghdad.

Baitul Hikmah

Di dalam institusi ini, ia telah menjadi tempat pertembungan tamadun-tamadun yang hebat seperti babylon, greek, hindu, parsi dan beberapa tamadun lain dan Al-khawarizmi sendiri cuba merenangi lautan ilmu tersebut untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Baitul Hikmah menjadi tempat pertembungan ilmu daripada pelbagai peradaban

Sebelum ini, dia pernah mengkaji penulisan salah seorang ahli matematik greek sebagai contoh Ptolemy yang cuba mengukur dunia. Tetapi Al-Khawarizmi perasan yang perkiraan Ptolemy salah dan dia memperbetulkan dan menyusun balik maklumat yang ada.

Gambar ptolemy

Dia dan lebih kurang 70 orang ahli geografi dibawah seliaannya telah menghasilkan satu buku yang dinamakan sebagai ‘Permukaan Bumi’(The face of the earth) yang mengandungi penerangan penuh berkenaan geografi dan kartografi dunia dan dikatakan ia adalah buku yang pertama dihasilkan berkenaan bidang tersebut.

Dia juga merupakan salah seorang pegawai astronomi di Baghdad dan salah satu tugasnya adalah dia mencatatkan pergerakan bulan dan 5 planet. Carta ini menjadi satu karya yang penting dan tepat serta telah diterjemahkan kepada bahasa latin dan juga china dan diedarkan ke seluruh dunia

Buku Al-Khawarizmi

Fokus sebenar Al-Khawarizmi adalah pada ilmu matematik. Disebabkan minat yang mendalam terhadap matematik dan disamping memenuhi tuntutan Pemimpin muslim pada ketika itu(Khalifah Al-ma’mun), Al-Khawarizmi telah menghasilkan satu buku khusus kepada masyarakat untuk tujuan pengiraan asas terutamanya dalam urusan perniagaan dan juga pengukuran
.
Hasilnya adalah buku yang matematik yang sangat terkenal. Ia bertajuk Al kitab Mukhtasar fi hisab al jabr wal muqobalah (Kitab ringkasan pengiraan menggunakan penyelesaian dan juga keseimbangan).

Buku al khawarizmi yang bertajuk  ‘Al kitab Mukhtasar fi hisab al jabr wal muqobalah’

Dalam buku tersebut, Al-khawarizmi menunjukkan bagaimana untuk menyelesaikan persamaan linear dan persamaan kuadratik dan kaedah ini dikenali sebagai Al-jabr ataupun dalam bahasa melayunya adalah ‘penyelesaian’ iaitu dengan menolak ataupun membahagikan kedua-dua belah persamaan untuk mendapatkan nilai yang telah hilang.

Senang cerita ia adalah untuk mencari nilai X. Sebagai contoh soalan:
X2= X-1. Carikan nilai X

Bukanlah ilmu algebra itu dihasilkan oleh dia sendiri. Tetapi dia lah yang menggabungkan ilmu daripada tamadun greek dan hindu serta gabungan ilmu itu dimudahkan supaya orang ramai mampu memahaminya. Akhirnya terhasillah ilmu Algebra

Angka Tamadun Arab(Arabic Numerals)

Pencapaian Al-Khawarizmi yang paling masyhur adalah apabila dia mengkaji teks kuno daripada Tamadun Hindu. Pada umurnya 25 tahun, dia telah menerbitkan penerangan berkenaan cara kira berdasarkan ‘angka tamadun hindu’

Angka daripada tamadun hindu

Ia adalah satu sistem yang pelik dimana ia bermula dengan kosong yang membawa maksud tiada sehinggalah ke nombor 9. Buku tersebut tidak terus tersebar ke merata dunia tetapi menjadi sejarah yang mempengaruhi ilmu matematik seluruh dunia selepas itu. Ini disebabkan selepas 300 tahun, seorang paderi yang teruja dengan ilmuwan islam telah menjumpai salinan buku tersebut dan menterjemahkannya.

Majoriti ilmuwan eropah pada ketika itu terpengaruh dengan cara kiraan ini. Ini disebabkan sistem pengiraan angka arab yang berasal daripada tamadun hindu itu sangat mudah digunakan berbanding dengan angka roman yang menggunakan nombor 1 sehingga 10 untuk pengiraan biasa, dan 12 untuk pengiraan yang melibatkan pecahan dan tiada konsep nombor ‘0’. Contoh nombor roman adalah I, II, III, IV, V, VI dan seterusnya. Susah bukan? Ini disebabkan tiada nombor kosong.

Angka roman

Pemulauan Angka Arab

Tetapi pada tahun 1299, Itali telah memulaukan penggunaan angka arab. Bukan disebabkan pergerakkan anti muslim. Tetapi disebabkan ia sangat mudah diseleweng. Beberapa titik sahaja yang bermaksud angka kosong boleh membuatkan seseorang itu mengaut keuntungan yang sangat besar.

Angka arab

Tahun demi tahun berlepas dan penggunaan angka arab semakin meluas hingga ke tahun 1500. Pada ketika itu majoriti pedagang dan juga ilmuwan menggunakan angka arab bagi tujuan pengiraan sehinggalah ke hari ini.

Fakta Penting

Fakta penting yang perlu kita ketahui adalah walaupun angka sekarang yang kita gunakan adalah ANGKA ARAB tetapi orang yang menjumpainya bukanlah orang arab dan nombor yang digunakan itu adalah berasal daripada ketamadunan hindu.

Tetapi terima kasih kepada Al-Khawarizmi yang telah mengkaji dan menggabungkan ilmu daripada pelbagai tamadun serta memudahkan dan menyempurnakan ilmu algebra sehingga ia digunakan ke hari ini

Penulis:

Algebra adalah daripada perkataan Aljabar bermaksud penyempurnaanAlgoritma berasal daripada nama ahli matematik…

Posted by Latif Saad on 21hb Mei 2017

Sumber: Scichow – The Weird Truth About Arabic Numerals

Ia diterjemah dan diolah supaya pembaca faham

Shares