Artikel ini akan menceritakan secara ringkas kenangan sepanjang zaman mengenai enjin carian, sejak bermulanya Internet di Malaysia sehinggalah penubuhan RoS yang sudahpun lebih setahun.

Zaman Pra-Enjin Carian Laman Sesawang

Bermula dari tahun 1990, enjin carian Archie dicipta oleh geng-geng Universiti McGill iaitu Alan Emtage, Bill Heelan dan J. Peter Deutsch. Program mereka akan:
1. Memuat turun kesemua senarai fail dan direktori yang terletak di dalam FTP umum, dan
2. Membuat satu pangkalan data carian dengan pelbagai nama fail
Namun mereka tidak pula mengindekskan kandungan fail kerana pada zaman tersebut, sikit je pun data yang ada. Jadi, pengguna enjin carian boleh mencari fail yang dikehendaki secara manual dengan mudah.

Zaman Enjin Carian Laman Sesawang yang Pertama

Pada tahun 1993, Oscar Nierstrasz dari University of Geneva telah memperkenalkan satu katalog yang dinamakan W3Catalog kepada dunia. Ini adalah enjin carian web pertama di dunia. Ia tidak mempunyai crawler dan pengindeks tetapi tetap mempunyai senarai laman web yang berkualiti tinggi. Salah satu kelemahan utama katalog ini adalah kemerosotan prestasi botnya kerana terpaksa mengakses setiap halaman beratus-ratus kali setiap hari, sekaligus menyebabkan kemerosotan prestasi.

Zaman Enjin Carian Laman Sesawang yang Kedua

Pada tahun yang sama, Aliweb, sebuah enjin carian web yang dibuat oleh Martijn Koster telahpun dimasyhurkan. Ia tidak menggunakan robot web, tetapi didaftar oleh pentadbir laman web sendiri dan diindeks dalam format tertentu. Ketiadaan bot bermaksud bahawa penggunaan jalurlebar Internet dapat dikurangkan; Namun demikian, kebanyakan pentadbir laman web tidak peduli bahawa mereka perlu mendaftarkan laman mereka secara manual.

Zaman Enjin Carian Laman Sesawang yang menggunakan Perangkak dan Pengindeks

Tahun yang sama juga, JumpStation telahpun dihasilkan oleh Jonathon Fletcher. Ini adalah alat pencarian sumber WWW yang pertama menggabungkan tiga ciri penting enjin carian web iaitu perangkak, pengindeks, dan pencari. Kemudiannya, Infoseek pula dilancarkan pada tahun 1994.

Zaman Enjin Carian Laman Sesawang yang Menyokong Pertanyaan dalam Bahasa Semula Jadi (Bahasa Manusia)

Altavista juga dilancarkan pada tahun 1994. Ini adalah yang enjin carian web yang pertama yang menggunakan banyak cara:
1. Ia mempunyai jalur lebar yang tidak terhad
2. Menyokong pertanyaan dalam bahasa semulajadi,
3. Mempunyai tips carian, dan
4. Membenarkan pengguna menambah atau memadam domain mereka dalam masa 24 jam.

dan seterusnya, di pendekkan sejarah, Yahoo! —> etc. —> Google

 

Zaman Enjin Carian Laman Sesawang yang Menggabungkan Algoritma Carian Terkini dan Pengalaman Pengguna

Pada tahun 2011, Google mengemaskini sistemnya untuk mengelakkan spam, peladangan kandungan, kandungan sampah, dan juga laman web yang penuh dengan iklan. Kemudiannya, ia memperkenalkan Google+ acah-acah Facebook untuk mengoptimumkan kekuatan enjin cariannya namun, siapa lah yang guna Google+ pun kan?

Kemudiannya, Google memperkenalkan Graf Pengetahuan, untuk menyimpan hubungan semantik antara objek secara mendalam. Hasilnya, Google mula memaparkan maklumat tambahan mengenai objek yang berkaitan dengan pertanyaan carian di sebelah.

Pada tahun 2013, Google melancarkan Google Hummingbird, iaitu pembaharuan kepada algoritma terasnya yang membolehkan lebih banyak pencarian semantik di samping penggunaan Graf Pengetahuannya yang lebih berkesan pada setiap kali anda menggunakan enjin carian.

Sehingga kini, lama web kami telahpun dilengkapi dengan enjin carian bagi memudahkan anda mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Jika tidak ingat tajuk pun tidak mengapa. Hanya dengan menaip satu kata kunci pun sudah memadai untuk anda mendapatkan cadangan artikel yang berkaitan dengan persoalan anda. Maafkan kami jika pertanyaan anda di inbox terabai kerana informasi tersebut telahpun wujud di dalam web kami.

Rujukan tambahan:

Brin, S., & Page, L. (2012). Reprint of: The anatomy of a large-scale hypertextual web search engine. Computer networks56(18), 3825-3833.

Van den Bosch, A., Bogers, T., & De Kunder, M. (2016). Estimating search engine index size variability: a 9-year longitudinal study. Scientometrics107(2), 839-856.

Shares