Fossil dinosaur yang telah mati lebih 60 juta tahun dahulu

Image result for meteorite impact imageGambaran grafik yang menunjukkan hentaman asteroid ke atas permukaan bumi

Gambar menunjukkan kedudukan jaluran asteroid di solar sistem kita.

Video simulasi menunjukkan kepupusan berskala besar hasil dairpada hentaman metorit.

Sejak penemuan fossil – fossil dinosaur oleh ahli – ahli paleontologi (salah satu cabang geologi) dalam skala yang besar, para saintis terutama ahli geologi sentiasa mencari sebab kenapa makhluk – makhluk ‘gigantic’ ini telah pupus dari permukaan bumi ini. Kira – kira 50 hingga 70% daripada keseluruhan jumlah spesis telah pupus termasuk haiwan dan tumbuhan pada 65 juta tahun dahulu.

Pada tahun 1980, seorang saintis bernama Luis Avarez (bukan Luis Suarez yang main bola tu!) telah menghasilkan teori ‘Alvarez Asteroid Impact Theory’ di mana dia berpendapat bahawa hentaman asteroid dengan diameter sehingga 10km adalah salah satu faktor besar dalam menyumbang ke arah kepupusan dinosaur. Sehingga kini, banyak bukti telah menunjukkan bahawa hentaman meteorit yang besar (asteroid) adalah punca terbesar dalam menyumbang kepada kepupusan dinosaur selain daripada letusan gunung berapi dan perubahan iklim yang sangat drastik.

BIlakah Julat Masa kepupusan berlaku?

Mungkin ada dikalangan masyarakat  yang sudah mendengar terma yang dipanggil ‘K-T mass extinction’ atau dalam bahasa melayunya ialah kepupusan besar-besaran K-T dimana K bermaksud singkatan ‘cretaceous period’ (145 – 65 jutaan tahun) manakala T pula singkatan untuk zaman tertiary (66 – 2.6 jutaan tahun).

Berdasarkan kajian sehingga kini, purata masa kepada berlakunya kepupusan besar-besaran ini adalah lebih kurang sekitar 65- 67 jutaan tahun. Umur ini menunjukkan bahawa ia berlaku di sepadan antara period cretaceous dan tertiary (sila rujuk dalam international chronostratigraphic chart).

Bukti bahawa hentaman asteroid adalah wujud dan menjadi salah satu punca utama kepupusan dinosaur.

Iridium (Ir) adalah salah satu unsur kimia dalam kumpulan platinum (unsur/logam peralihan). Kandungan Iridium adalah sangat jarang didapati di dalam kerak bumi (eart crust) tetapi mempunyai kandungan yang sangat tinggi di dalam asteroid. Iridium jarang didapati di dalam kerak bumi disebabkan unsur logam ini mempunyai ketumpatan yang tinggi dimana ia akan jatuh kebawah ke dalam mantel bumi selepas pembentukkan logamnya.

Saintis telah menjumpai satu lapisan batuan sedimen berumur sekitar 65 juta tahun yang mempunyai kandungan iridum yang sangat tinggi. Lokasi sample adalah di Gubbio, Italy. Rekod geologi ini jelas menunjukkan bahawa hetaman meteorite/asteroid telah berlaku pada waktu tersebut. Selain daripada kandungan iridium, batuan suevit dan stishovit juga boleh dilihat hasil daripada hentaman meteorit/asteroid ke batuan di kerak bumi.

Apa yang berlaku selepas hentaman meteorit/asteroid?

Hentaman meteorit/asteroid tidak secara langsung menyebabkan kepupusan dinosaur. Akan tetapi hasil daripada hentaman itu juga menjadi penyebab utama yang menyumbang kepada kepupusan spesis yang dasyat. Hentaman asteroid terus ke permukaan bumi akan menyebabkan batuan – batuan akan hancur menjadi debuan dan wap dalam kuantiti yang sangat banyak.

Contoh yang boleh dilihat adalah seperti letusan gunung berapi tetapi kuantiti asap dan debuan yang sangat banyak. Debu-debu serta asap ini akan terapung dan melitupi lapisan atmosfera berskala global pada waktu yang lama (boleh mencapai beberapa tahun).

Penutupan lapisan atmosfera oleh debu dan asap ini akan menghalang cahaya matahari dari sampai ke permukaan bumi. Ini secara langsung akan menyebabkan permukaan bumi tidak mendapat haba dimana ia kana menyebabkan suhu bumi menurun dengan mendadak (cuaca yang sangat sejuk) dalam waktu yang lama akan menyebabkan hidupan tidak dapat meneruskan kehidupan. Keadaan persekitran cuaca yang sangat ekstrim ini akan menyebabkan kesan yang sangat negatif pada proses rantaian makanan sehingga menyebabkan berlakunya kepupusan spesis yang dasyat.

Kata Kunci: Hentaman Meteorit/Asteroid, K/T kepupusan skala besar (K/T mass extinction), batuan suevite,

SIngkapan batuan suevite. Batuan suevite adalah salah satu batuan yang terhasil daripada kesan hentaman meteorit (meteorit impact) yang telah mengubah ciri fizikal dan kimia batuan yang telah dihentam (batuan asal).

SIngkapan batuan yang menunjukkan lapisan batuan sedimentari yang mempunyai kandungan iridium yang tinggi (lapisan yang berwarna perang).

Kawah meteor Barringer di Arizona, USA. Kawah ini mempunyai diameter sepanjang 1km dengan kedalaman ~170m.

Penulis: Muhammad Hatta Roselee

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami Root of Science

 

Shares