Pornografi menjanjikan kenikmatan secara tidak normal. Walaupun kenikmatan tersebut didapati dengan cara tidak normal tetapi nikmat tetap nikmat bagi pencandu Porno.

Nikmat? Ya, nikmat yang menipu.

Hakikat apa yang ditonjolkan di dalam filem pornografi adalah umpama langit dengan bumi. Apa-apa yang dipaparkan adalah lakonan semata-mata untuk memuaskan rasa ketagih pencandu pornografi.




Sisi gelap industri pornografi yang tidak diketahui

“Saya disepak, dipukul dan dicekik berkali-kali ketika rakaman dibuat. Walaupun saya meminta simpati dan minta supaya rakaman dihentikan, tetapi mereka semakin rakus dan terus merakam tanpa belas kasihan. Ketahuilah, kebanyakan daripada pelakon porno menangis dan merayu selepas mereka dikasari dengan teruk” – Regan Starr, bekas pelakon porno.

Industri pornografi berkerja keras dan sedaya upaya membuatkan industri ini dilihat gah dan hebat, sehingga mereka mempunyai majlis mereka tersendiri seperti Oscar Award, untuk memberi anugerah kepada pelakon porno yang terbaik dalam pelbagai kategori.

Tetapi realiti di sebalik itu adalah dadah, penderaan yang sangat kejam secara emosi dan fizikal dan juga perdagangan manusia (human trafficking)

Dengan melakukan sedikit ‘edit’ dan teknik rakaman, ia membuatkan filem porno yang ditonton nampak hebat dan pelakon porno itu seolah-olah gembira dan sedang menikmati hubungan seks tersebut. Hakikatnya mereka dipaksa untuk melakukan pelbagai aksi yang gila dan tidak masuk akal. Dalam versi yang dipotong, hanya pelakon porno itu sahaja yang sedang merasa azab ketika melakukan aksi tersebut.

75% daripada mereka dipaksa untuk mengambil pelbagai jenis dadah, untuk membuatkan mereka khayal dan menahan sakit ketika diperlakukan seperti binatang semasa rakaman.

Tidakkah anda rasa bersalah membiarkan pornografi berleluasa?

Tidak cukup dengan itu, mereka diseksa secara emosi. Pelakon porno itu di maki dan di hina dan jugak di ugut untuk dibunuh seperti di acukan pistol di kepala. Sekiranya mereka tidak senyum ketika rakaman dibuat, sudah tentu meletup kepala!.

“Siapa suruh mereka jadi pelakon porno?”

Pada tahun 2011, 2 lelaki di dapati bersalah kerana terlibat dengan perdagangan manusia di Miami. Mereka menipu mangsa dengan membuat pengiklanan yang seolah-olahnya menawarkan peluang untuk menjadi model. Bila tiba untuk temuduga, calon diberi dadah dan diculik kemudian di jual kepada industri pornografi.

Ini antara fakta yang ada, menunjukkan mereka ditipu dan akhirnya dipaksa masuk ke neraka dunia. Bagaimana kalau di kalangan mereka ini terdiri daripada orang yang anda sayang? Adik, kakak, saudara mara termasuk anak anda dijadikan mangsa dalam industri porno ini. Rasanya apa perasaan anda?

Dalam tahun yang sama, sepasang kekasih ditangkap kerana mendera seorang perempuan dengan cara memukulnya, merenjatnya dengan elektrik, melemaskan, mencekik dan pelbagai lagi seksaan untuk memaksa perempuan itu bersetuju melakukan aksi pornografi. Akhirnya, perempuan itu bersetuju dan gambarnya menjadi muka depan majalah syarikat pornografi.

Semua itu hanyalah cebisan realiti kepada kisah hitam disebalik industri pornografi yang sangat kejam.
Adakah anda salah seorang yang bersetuju berkenaan perkara ini?




Bacaan seterusnya: Porno membuatkan anda mempunyai masalah seksual

Rujukan:

  1. Amis, M. (2001). A Rough Trade. The Guardian (U.K.), March 17.
  2. Dines, G. (2010). Pornland: How Porn Has Hijacked our Sexuality. Boston: Beacon, 70–73; Amis, M. (2001). A Rough Trade. The Guardian (U.K.), March 17.
  3. Lubben, S. Interview with “Jersey Jaxin,” https://www.shelleylubben.com/former-porn-star-jersey-jaxin-story
    Peters, R. W., Lederer, L. J., and Kelly, S. (2012). The Slave and the Porn Star: Sexual Trafficking and Pornography. In
  4. M. Mattar and J. Braunmiller (Eds.) Journal of Human Rights and Civil Society 5: 1-21.
  5. U.S. Department of Justice. (2012). Two Men Sentenced to Multiple Life Sentences for Enticing Women to South Florida to Engage in Commercial Sex Acts and Distributing Date Rape Pills. Press Release, Feb. 17.
  6. Peters, R. W., Lederer, L. J., and Kelly, S. (2012). The Slave and the Porn Star: Sexual Trafficking and Pornography. In M. Mattar and J. Braunmiller (Eds.) Journal of Human Rights and Civil Society 5: 1-21; U.S. Attorney’s Office for the Western District of Missouri. (2010). Woman Tortured as Slave, Victim of Trafficking and Forced Labor. Press Release, September 9. http://www.justice.gov/usao/ mw/news2010/bagley.ind.htm
Shares