Skip to content

Adakah Pornografi Sesuatu Yang Taboo Di Kalangan Pelajar Sekolah?

  • by

Rizal berbual dengan Karim di koridor berhadapan kelasnya. Cikgu belum masuk lagi. Menunggu waktu pembelajaran seterusnya, mereka khusyuk pada topik perbicaraan.

“Kau ada tengok video Rizana? Budak Form Two yang duduk Ampang tu. Aritu dah viral dekat group batch kita.” Kata Karim.

“Yeke? Alamak phone aku xde datalah. Kau ada lagi video tu? Nak tengok?” Soal Rizal, sedikit kelam kabut dan menyesal kerana tidak ‘updated’ dengan info terbaru itu.

Karim mengaktifkan telefon bimbitnya. Pantas dia mencari video yang dimaksudkan. Belum sempat dimainkan, Rizal merampas telefonnya.

“Hahaha, gelojoh sial,” kata Karim.

“Mantap gila wey body dia…” Rizal menyahut. “Macammana korang boleh dapat video ni?” Dia menyambung.

“Haritu dia share dengan bekas boyfriend dia si Faris tu. Lepas tu diorang clash. Sebab Faris bengang sangat, dia share ah video ni ke serata alam..hahaha!” Karim menjawab dengan gelak jahat sedikit.

Kedua-duanya ketawa dan mata Rizal kembali menancap di skrin telefon tersebut. Cikgu masih lagi belum sampai.

KEBIASAAN YANG BAHARU

Kisah tadi hanya rekaan semata-mata. Namun ianya kisah tipikal yang sedang berlaku di dalam masyarakat kita. Sedar atau tidak, golongan muda sebegini sudah terlalu terdedah dengan dunia yang kotor ini.

Menurut satu penyelidikan, remaja dan golongan muda mempunyai sikap yang bersahaja terhadap porno. Apabila mereka membicarakan porno dengan kawan-kawan, 96 peratus golongan muda menyatakan mereka berbicara dengan neutral, menerima, dan menggalakkan topik tersebut. Hanya 1 per dua puluh golongan muda menyatakan yang mereka merasakan porno adalah perkara yang tidak elok untuk ditonton.

Ianya bukan lagi perkara yang tabu, yang dibicarakan di ruang-ruang yang terpencil tanpa orang lain memandangnya. Ia bukan perkara yang segan untuk dikongsikan dengan kawan-kawan. Malah terlalu banyak ruangan forum yang menceritakan secara terbuka mengenai video-video porno ini.

APAKAH JENIS PORNO YANG DITONTON GOLONGAN MUDA?

Malah, bukan sahaja perbicaraan mengenainya dianggap tidak lagi dipandang asing, golongan ini juga sudah terlalu terdedah dengan kehidupan melihat porno, dan jenis porno yang melampau:

•Samada mereka mencari atau tidak, 16 peratus golongan muda mengatakan mereka ‘terserempak’ dengan porno setiap hari dan 32 peratus mengatakan setiap minggu.
•83 peratus lelaki dan 57 peratus perempuan dalam golongan muda didapati pernah melihat aksi seks berkumpulan secara atas talian.
•32 peratus lelaki dan 18 peratus perempuan salam golongan muda pernah melihat aksi seks dengan haiwan (bestiality).
•88.2 peratus daripada laman web porno yang popular mengandungi aksi mengasari wanita.

Nampaknya seperti ibubapa sedang berhadapan dengan keadaan yang mereka hampir pasti akan tewas.

Ianya adalah sesuatu yang menakutkan, dan sudah menjadi satu ‘kebiasaan yang baru’.

BOLEHKAH IA DIRAWAT?

Bolehkah keadaan ini diperbaiki atau dielakkan? Sudah tentu boleh. Untuk ibubapa, pastikan anda benar-benar memeriksa telefon bimbit anak-anak anda. Jika anda rasakan sesuai, jangan beri anak anda menggunakan telefon.

Buang aplikasi yang boleh mengundang bahaya porno. Periksa ‘history’ lawatan laman web anak-anak. Berbual dengan mereka. Jelaskan mengenai kebalighan (puberty), dan keinginan (desires) yang ada pada setiap manusia dewasa. Salurkan maklumat-maklumat yang akan menjadikan mereka faham bahawa porno adalah satu penipuan yang tidak sama lansung dengan kehidupan seksual setiap pasangan hidup.

ADAKAH ANDA BERPENYAKIT SEBEGINI?

Jika anda merupakan seorang yang sedang mengalami masalah ini, langkah awal yang anda boleh buat ialah dengan menghilangkan semua ‘pemicu’ (triggers) yang akan menyebabkan anda tewas. Jika anda berkawan dengan orang yang teruk, cari persekitaran yang lebih membina.

Cari hobi baru. Fokus pada perkara baru itu sehingga berjaya. Buat dengan penuh semangat, dengan bersungguh-sungguh. Tukarkan ‘keghairahan’ anda kepada sesuatu yang lebih sihat.

Porno memang telah menjelajah dan menjajah setiap telefon bimbit dan komputer kita. Namun percayalah, kita pasti akan boleh menang dalam perjuangan menentangnya jika kita ikhlas ingin menyelesaikan masalah ini,di samping kemudian kita fokus pada usaha merawatnya

Semoga generasi anda selepas ini menjadi generasi yang baik, dan bebas masalah porno!

Bacaan seterusnya: Sisi gelap pornografi

Rujukan:

  1. The Porn Phenomenon: The Explosive Growth of Pornography and How It’s Impacting Your Church, Life, and Ministry.
  2.  www.Enough.org
  3. https://www.josh.org/key-findings-in-landmark-pornography-study-released/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 + nine =