Sedikit nasihat / tips dalam menjalankan perniagaan. Tak kiralah online, base di rumah, berpejabat, berpakaian kasual mahupun berkereta BMX.

1. Jika anda berniaga secara tidak bersua-muka, pastikan anda menggunakan laras bahasa Tuan/Puan/Cik Puan (paling cikai) walaupun prospek anda seorang makcik, adik, Dato atau Datin. Mohon jangan gunakan bahasa slanga seperti Bro, Sis, Sayang, Yang, Darling, Ling. Dikhuatiri anda akan kehilangan prospek yang kaya dan berduit gara-gara ketidaksopanan anda membahasakan diri mereka.

2. Jika anda jenis walk-in seller, berpakaian kasual dan memasuki pejabat kerajaan / swasta. Pastikan baju anda berkolar dan anda memakai kasut. Selipar is a big NO.

3. Adalah menjadi kebiasaan untuk pegawai (darjat 417 ke atas) melihat anda atas ke bawah berkali-kali ketika anda berada di pejabat mereka. Adakalanya pakaian kita sedikit comot kerana mengangkat barang dari ground floor ke tingkat 15. Anda juga bakal diperli / diherdik / dihina secara terus atau tidak terus. Pastikan anda membawa business card dan dinyatakan segala kelulusan anda di pada kad tersebut. Jangan malu dan jangan segan untuk mengedarkannya. Itu adalah kelulusan anda dan ini adalah perniagaan anda. Seandainya anda menipu mempunyai PhD 6 ikat tepi, bersiap-sedialah dengan kehilangan kredibiliti dan kepercayaan prospek anda. Apa yang berlaku biasanya pegawai tersebut akan senyap dan tidak lagi berani memperlekehkan kehadiran anda. Jangan marah atau berkecil hati dengan mereka. Mereka cuma tidak pernah tahu bahawa ada jalan lain mencari rezeki berbanding duduk di pejabat. Ia memang pengalaman yang menyeronokkan bila melihat seseorang tersipu-sipu malu setelah mengetahui latarbelakang anda yang sebenar!

4. Pastikan anda tahu nama. jantina, dan agama (jika boleh) orang yang akan ditemui sebelum berurusan. Ini memudahkan anda memberikan ucapan selamat / salam ketika pertama kali bersua muka. Yelah benar agama Islam menganjurkan kita mengucapkan salam dan selamat kepada sesiapa yang kita temui tak kira latar belakang. Tapi biarlah kita cakna sedikit dalam memberi ucaptama kepada pelanggan anda. Dah jadi kawan, tu cerita lainlah.

5. Pastikan anda tidak melibatkan diri dalam politik dalaman sesuatu pejabat. Anda mungkin tahu keseluruhan cerita dan gosip dalam pejabat tersebut. Be neutral. Rugi kalau anda menyebelahi suatu pihak sahaja. Lagipun anda orang luar dan tidak berkepentingan dengan masalah mereka. Datang, jual dan pulang dengan wang bertukar tangan. Apa yang anda dengar, biar habis di situ. Jika ditanya, katakan anda tidak tahu apa-apa.

6. Jika anda pernah terlibat dalam mengendalikan perkara-perkara sulit seperti isi kandungan komputer / fail pejabat, pastikan rahsia tersebut terus kekal pada tempat tersebut. Anda mungkin akan menemui fail-fail berkaitan dengan lokasi perlombongan emas / koleksi video lucu* dll pada komputer pegawai tertentu. Adalah bukan tugas anda untuk membuat salinan ke pendrive anda. Prospek sepanjang masa akan menganggap anda hanya menjalankan tugasan tertentu pada komputer / meja mereka dan tidak melebihi dari apa yang diarahkan. Kejujuran ini adalah kunci kepada kekayaan anda. Juga, bukan tugas anda untuk membuat laporan polis / lain-lain badan dengan penemuan tersebut kerana anda mungkin tidak tahu tugas sebenar pegawai itu. Akhirnya anda juga yang rugi kerana pecah amanah dan tidak lagi dipercayai oleh satu-satu pejabat. Jangan main-main. Zaman viral ni, silap-silap kesalahan anda diketahui oleh kesemua pejabat yang ada di sesuatu kawasan!

Siapa kata ini tidak sains? Nasihat ini jatuh dalam bidang kejuruteraan sosial. Adik-beradik sains la tu.

Bersambung bila ada idea lain nanti.

Bacaan tambahan:

Chase, R. B., & Dasu, S. (2001). Want to perfect your company’s service? Use behavioral science. Harvard business review, 79(6), 78-84.
Chicago

-NB

Shares