Sedikit informasi berkenaan misteri penyimpanan telur, ini adalah sains juga!

Sepanjang minggu ini, penulis telah membaca banyak artikel berkenaan telur, terutamanya berkaitan isu penyimpanan. Ada berkata simpan dalam peti sejuk, ada berkata simpan suhu bilik.

Kalau ikut kajian di US, mereka lebih suka simpan di dalam peti sejuk, tahan dari bakteria Salmonella katanya.




Kalau ikut kajian di UK, mereka simpan di suhu bilik, iaitu suhu yang stabil. Akan tetapi, suhu mereka di sana, walaupun ‘summer’ senantiasa sejuk. Jadi logik untuk mereka simpan di suhu bilik.

Kalau di supermarket, semua akan menjual telur dalam keadaan suhu bilik, namun ingat mereka punya aircond untuk menstabilkan suhu.

Image result for telur busuk

Telur yang telah lama

Jadi, apa kesimpulannya?

Kajian menyatakan suhu optimum untuk menyimpan telur adalah setinggi 2 darjah Celcius bagi mengelakkan telur itu terdedah pada risiko jangkitan Salmonella, namun kajian ini disangkal oleh satu kajian di barat (UK) menyatakan telur yang disimpan di peti sejuk dan suhu bilik (20 darjah Celcius) tidak ada bezanya dari segi kualiti dan risiko jangkitan.

Cara penulis?

Letak telur di dapur (dalam suhu bilik) tetapi basuh dahulu jika ada kotoran, kotoran inilah punca jangkitan Salmonella. Basuh apabila mahu guna telur berkenaan. Cara ibu penulis pula lain, dia akan basuh dan simpan telur di dalam peti sejuk.

Kedua-dua cara boleh diterima namun jangan gunakan telur yang lama, dikhuatiri ia telah retak atau lapisan kutikel (cengkerangnya) telah poros (telap), ini yang bahaya sebenarnya.

Tips Penyimpanan Telur :

  1. Perhatikan tarikh setiap kali telur dibeli, dan jangan terpedaya untuk membeli telur murah dengan membeli kuantiti yang banyak. Sebaiknya, beli telur setiap minggu atau setiap 2 minggu bagi memastikan kesegaran telur.
  2. Basuh telur sekiranya ada kotoran, lap dengan kain yang kering sebelum disimpan.
  3. Jangan simpan telur di pintu peti sejuk, ia akan mendedahkan pada ketidak seimbangan suhu. Pilih tempat suhu yang konsisten.
  4. Jika anda simpan telur di suhu bilik, jangan simpan terlalu lama, telur yang lama akan rosak dan ketelapan kutikel (cengkerang telur) akan berkurangan menyebabkan telur akan masuk angin.




Rujukan :

  1. Pelbagai artikel di web untuk penyimpanan telur (http://www.eatbydate.com/eggs-shelf-life-expiration-date/)
Shares