Pernah tak anda batuk dan rasa gatal tekak geram sangat sampai rasa nak ambil berus dan gosok tekak tu kalau boleh? Sebab dia punya sakit dan gatal tersebut amatlah merimaskan. Membuatkan anda batuk tidak berhenti. Setiap 10 saat anda batuk. 6 kali seminit.

Kadang bila bercakap batuk. Tengah makan nasi tersembur sebab batuk. Tidur sentiasa terjaga sebab asyik batuk. Nak buat kerja pun jadi mengah sebab asyik batuk. Setiap 5 saat anda batuk. 12 kali seminit.

Sekarang cuba bayangkan pula, anda batuk sebanyak 30 kali dalam seminit(setiap 2 saat). Bersambung sambung. Nak bernafas pun tak sempat. Kena curi-curi peluang antara batuk berlanjutan tersebut untuk bernafas. Bila anda cuba buat pula, terdapat bunyi yang pelik menemani.

“WHOOP, WHOOP, WHOOP”

Sebabnya dengan cepat anda mencuri peluang untuk bernafas yang menghasilkan bunyi tersebut. Kerana tindakbalas dan ruang udara yang terbatas. Lepas tu sambung batuk lagi. Curi nafas lagi. Batuk lagi. Curi nafas lagi. Secara berterusan kitaran tersebut. Sekarang cuba bayangkan ianya berlarutan.

SELAMA SERATUS HARI.

Sebab pada kurun ke 15, seorang ahli perubatan Parsi bernama Bahaodowle Razi(bukan Al Razi itu orang lain) yang merupakan orang pertama yang mengkaji tentang penyakit yang buat orang batuk dan terpaksa curi nafas ni.

Kalau anda tak pandai baca tidak mengapa. Ianya menceritakan tentang penyakit misteri yang ditemui pada kurun ke 15.

Beliau telah mendapati berlaku beberapa kelompok pesakit dimana mereka mempunyai masalah pernafasan sedemikian tetapi jangkitan tersebut jauh lebih laju berjangkit daripada tuberculosis, batuk lagi ganas daripada mereka yang kena diphtheria, demam tak tentu hala macam mereka yang kena demam campak dan ada tanda penat bernafas seperti mereka yang dijangkiti polio. Sebab semua penyakit tersebut bermaharajalela secara berleluasa tanpa batasan pada zaman itu.

Tetapi penyakit yang brader ni jumpa, kaji, kumpul kes dan lihat pesakit yang kena adalah berbeza dengan penyakit-penyakit tersebut walaupun terdapat persamaan antara mereka. Yang benar-benar MEMBEZAKAN? Penyakit misteri ini JAUH LEBIH DAHSYAT sekiranya menjangkiti KANAK-KANAK. Terutamanya yang dibawah umur 6 bulan.

Sekarang bayangkan pula seorang kanak-kanak berumur 3 bulan batuk 45 kali dalam seminit. Agak-agak boleh bernafas ke? Sudah pasti jadi kebiruan tubuh badan kecil itu.

Secara fisiologi yang normal, seorang kanak-kanak berumur 3 bulan bernafas sebanyak 30-40 kali dalam seminit dan nadi mereka(jantung mengepam darah ke seluruh badan) sebanyak 120 kali seminit. Sila perati anak anda ketika umur tersebut dan bandingkan dengan anda yang sudah dewasa. Berbeza. Sebab semua tu normal ketika umur tersebut. Itu rate(kadar) yang normal. Untuk anda yang normal ketika relax menontot rancangan Clever Girl Malaysia adalah lebih rendah kadarnya.

Sebab apa? Sebab organ si kecil tersebut berbanding surface area(luas permukaan) rationya berbeza dengan orang dewasa. Organ seperti paru-paru dan jantung mereka perlu berkerja lebih keras berbanding golongan dewasa.

Sekarang cuba bayangkan sekali lagi, dah la kena berkerja lebih keras, bila sesuatu mengganggu proses tersebut apa yang akan jadi? Bila bernafas TERLALU BANYAK atau TERLALU SEDIKIT. Ataupun batuk berterusan sampai LANGSUNG TIADA PELUANG UNTUK BERNAFAS. Senyap je.

Penyakit itulah merupakan jangkitan pertussis/batuk kokol/whooping cough(the W is silent)

Pada bahagian seterusnya InsyaAllah kami huraikan lagi pertussis ni apa, kampung dia asal mana, macam mana rupa dia. Sebab sekali anda lihat, memang takkan dapat lupakan.

Sila lihat video kanak-kanak berusia 3 bulan ini kalau masih ragu-ragu.

 

Rujukan:

Marconi GP, Ross LA, Nager AL. An upsurge in pertussis: epidemiology and trends. Pediatr Emerg Care. 2012 Mar. 28(3):215-9

Walsh PF, Kimmel L, Feola M, Tran T, Lim C, De Salvia L, et al. Prevalence of Bordetella pertussis and Bordetella parapertussis in infants presenting to the emergency department with bronchiolitis. J Emerg Med. 2011 Mar. 40(3):256-61

Skoff TH, Kenyon C, Cocoros N, Liko J, Miller L, Kudish K, et al. Sources of Infant Pertussis Infection in the United States. Pediatrics. 2015 Sep 7.

Liu BC, McIntyre P, Kaldor JM, Quinn H, Ridda I, Banks E. Pertussis in older adults: prospective study of risk factors and morbidity. Clin Infect Dis. 2012 Jul 26

Winter K, Harriman K, Zipprich J, Schechter R, Talarico J, Watt J, et al. California Pertussis Epidemic, 2010. J Pediatr. 2012 Jul 20

Centers for Disease Control. Pertussis. In: Atkinson W, Wolfe S, Hamborsky. J. Epidemiology and Prevention of Vaccine-Preventable Diseases. 12th ed. Washington DC: Public Health Foundation; 2012:215-231

 

Shares