Mengantuk selepas makan adalah tindak balas badan kepada perubahan kimia semasa proses pencernaan. Ini adalah perkara biasa dan ia berlaku kepada semua orang. Walau bagaimanapun, jika rasa mengantuk berlaku setiap kali selepas makan dan menghalang anda daripada membuat kerja, ini mungkin menjadi kebimbangan. Mengantuk selepas makan tengah hari juga boleh menghalang anda daripada melakukan kerja anda dengan produktif.

Sebab rasa mengantuk selepas makan?

Apabila perut anda penuh, maka rasa mengantuk akan berlaku. Ini berlaku kepada ramai orang. Mengantuk selepas makan adalah disebabkan oleh pelbagai faktor, seperti jenis makanan yang anda makan, tabiat tidur yang tidak teratur, keadaan kesihatan anda dan sebagainya.

  1. Sistem pencernaan dan fungsi hormon:

Badan memerlukan tenaga untuk berfungsi dan tenaga ini diperoleh melalui makanan. Tubuh kemudian memecahkan nutrien dari makanan dalam sistem pencernaan untuk mengubahnya menjadi glukosa yang kemudiannya menjadi tenaga. Selepas makan, tubuh melepaskan hormon seperti amylin, glucagon dan cholecystokinin (CCK). Hormon ini meningkatkan paras gula dalam darah, mewujudkan rasa kenyang dan menghasilkan insulin yang akan disalurkan melalui tisu sel dan memberi tenaga kepada mereka. Pada masa yang sama, otak mengeluarkan serotonin yang menyebabkan rasa mengantuk.

Selain itu, makanan juga mempengaruhi penghasilan melatonin di otak. Ini adalah hormon yang bertanggungjawab terhadap rasa mengantuk selepas makan. Melatonin dihasilkan dengan menukarkan asid amino tryptophan ke serotonin, yang kemudiannya menjadi melatonin.

  1. Jenis makanan yang anda makan:

Badan anda menghadam semua jenis makanan dengan cara yang sama. Sesetengah makanan boleh menyebabkan rasa lebih mengantuk daripada yang lain. Makanan yang kaya dengan protein, seperti daging, ayam, telur, ikan, bayam, tofu, keju dan kacang soya, mengandungi asid amino tryptophan. Asid amino ini digunakan oleh badan untuk menghasilkan serotonin, yang bertanggungjawab menyebabkan kita mengantuk!

Nasi kandar kuah banjir satu!!!.. Sedapnya.. Tapi?

Selain itu, makanan yang tinggi karbohidrat (seperti nasi) juga mempunyai bahagian protein yang membantu menghasilkan asid amino tryptophan dan serotonin yang terdapat di dalam otak. Inilah sebabnya mengapa anda merasa mengantuk selepas makan makanan sebegini. Kombinasi makanan yang mengandungi asid amino tryptophan (protein) dan karbohidrat membuat anda berasa mengantuk. Oleh itu, sebenarnya, hidangan yang sesuai sebelum tidur adalah makanan yang mengandungi karbohidrat dan protein, seperti susu dan bijirin (jika anda mempunyai masalah sukar tidur/insomnia, ini mungkin cara yang terbaik untuk anda!

Untuk mengelakkan mengantuk selepas makan, adalah lebih baik jika baik makan makanan seimbang yang mengandungi sayur-sayuran, bijirin dan lemak yang baik untuk memberikan tenaga yang berterusan. Minum banyak air dan kawal pengambilan gula anda. Makan makanan dalam porsi yang kecil tetapi lebih kerap juga boleh membantu memelihara tenaga supaya anda tidak berasa mengantuk selepas makan.

  1. Tabiat tidur:

Corak tidur yang tidak teratur juga boleh menyebabkan rasa mengantuk selepas makan. Ini kerana, selepas makan, badan berasa kenyang dan rileks, menjadikan tubuh terasa seperti sedang berehat, menyebabkan rasa mengantuk, terutama jika tidur anda tidak berkualiti pada malam sebelumnya.

Untuk mengelakkan perkara ini, perbaiki kualiti dan tabiat tidur anda untuk mengelakkan stress. Tingkatkan aktiviti fizikal anda secara berkala boleh membantu anda mendapatkan tidur malam yang baik. Adalah disyorkan supaya anda mengelakkan tidur sebentar/tidur petang (napping) jika anda mengalami masalah tidur pada waktu malam.

  1. Keadaan kesihatan:

Sekiranya anda tetap dan sering berasa mengantuk, mungkin ia adalah tanda-tanda penyakit seperti penyakit Celiac, Anemia, Food intolerance, Alahan, Sleep Apnea, atau masalah kelenjar tiroid yang tidak aktif. Rujuk doktor anda jika anda mengalami keadaan ini atau jika anda sering tidur selepas makan.

Mengantuk selepas makan juga boleh menjadi tanda bahawa anda kekurangan nutrien tertentu. Kekurangan nutrien boleh menjadikan makanan sukar dicerna kerana sistem pencernaan yang lemah. Akibatnya, anda tidak akan mempunyai tenaga yang cukup untuk menyokong aktiviti harian anda dan anda akan berasa mengantuk sepanjang hari.

Bacaan seterusnya: Siri Pendidikan makanan 1

Rujukan:

  1. Donald V, Charlotte WP, Judith GV., (2012), Principle of Biochemistry, 4th Edition
  2. KarineSpiegelPhDaRachelLeproultBSaDrEveVan CauterPhD (1999), Impact of sleep debt on metabolic and endocrine function, The Lancet, 354(9188):1435-1439
  3. D. V. M. Ashley, R. Liardon, P. D. Leathwood (1985), Breakfast meal composition influences plasma tryptophan to large neutral amino acid ratios of healthy lean young men, Journal of Neural Transmission, 63(3-4);271-283
  4. Sports Nutrition for Health Professionals, American Council on Exercise
  5. ACE Fitness Nutrition Manual, American Council on Exercise
Shares