Berikutan tercetusnya beberapa clusters(kelompok jangkitan) measles dibeberapa tempat, seeloknya kita ulangkaji berkenaan penyakit ini, sebab ada segelintir yang beranggapan ianya TIDAK MERBAHAYA. Betul ke?

Ramai masyarakat awam sebenarnya masih keliru dengan penggunaan terma.

Measles virus = demam campak
Varicella zoster virus/chicken pox = cacar air

Masyarakat kita pula kadang2 menggunakan terma ‘campak’ tersebut untuk SEMUA penyakit yang ada ruam DAN demam, walaupun sebenarnya ianya adalah tidak tepat. Pelbagai jenis kuman dan penyakit boleh menyebabkan demam dan ruam.

Penggunaan terma ‘campak’ juga digunakan dengan meluas sebab banyak penyakit merbahaya yang turut mempunyai ruam sudah tidak wujud lagi dan sudah dibasmi hasil daripada penggunaan vaksin secara meluas diseluruh dunia.

Contohnya jangkitan smallpox atau cacar. Kalau anda ada rezeki balik kampung raya nanti, mintak sijil beranak atuk, nenek atau moyang anda. Disitu sering dikepilkan atau dicop segala bukti mereka pernah divaksin utk smallpox atau orang dulu2 panggil, tanam cacar.

Measles atau campak ini adalah sejenis jangkitan virus. Boleh menyebabkan demam panas yang tinggi, batuk, selsema dan mata merah. Ianya berjangkit melalui udara secara rawak(airborne) bila seseorang batuk atau bersin. Boleh mati ke? Boleh.

Di Malaysia, pada tahun 2015 ada 2 kes kematian. 2016 tiada kes kematian. Di Sabah pula, bersepah yang arwah disebabkan banjiran golongan pendatang asing tanpan izin. Mereka tidak mampu mendapatkan vaksin dan perlu bayar berkali ganda berbanding rakyat Malaysia yang dapat vaksin dengan PERCUMA. Ramai juga yang takut dan tidak mendapatkan vaksin kerana takut ditangkap oleh pihak imegresen.

So merbahaya ke tidak measles ni takde siapa mati pun? Tiada kematian sebab kita sempat untuk memberikan rawatan sokongan(beri oxygen, berentikan sawan yang berterusan, rawatan air untuk dehydration/kurang air dalam badan). Walaupun tiada siapa yang mati, RAMAI yang mempunyai komplikasi kekal seperti pekak, buta, sawan, cacat dan lumpuh untuk seumur hidup. Bahagian seterusnya kita bincang lebih mendalam lagi tentang komplikasi penyakit. Yang anda TIDAK sedar wujud selama ini.

Virus tersebut boleh hidup atleast selama dua jam SELEPAS diudara. Maksudnya kalau ada org bersin kat 7-11 dan dia balik, sesiapa sahaja yang pergi ke kedai 7-11 itu pula dalam masa dua jam mempunyai risiko untuk menyedut virus tersebut dan dijangkiti virus tersebut.

Virus campak ini juga mempunyai R-Naught/Ro(kadar membiak/replikasi) antara 12 hingga 18. Apa maksud nombor ni? Kan ada orang bersin kat 7-11 tadi kan? Untuk setiap SEORANG yang menyebarkan virus tersebut, ianya mampu menjangkiti paling kurang 12 orang dan secara maksima 18 orang. Yang tidak pernah terdedah ataupun tidak pernah divaksin sebelumnya. Itu baru SEKALI bersin. Kalau berdozen-dozen macam mana? Kalau 10 orang bersin berdozen-dozen macam mana pula?

Itu kalau kat 7-11 takpe lagi. Kalau pergi bazar Ramadan bawak anak macam mana? Hantar nursery/rumah pengasuh pula bagaimana? Yang pasti, all you need is ONE person to spread it. Memang terus merebak.

Senang cerita, penyakit ini amat mudah sekali untuk tersebar dan berjangkit. Terutamanya sekali golongan kanak2 dan pada melebihi umur 9 bulan. Sebabnya majority kanak2 akan mempunyai antibodi terhadap measles daripada ibu mereka(ianya transfer ke bayi masa third trimester). Sebab itu lah kanak2 yang dilahirkan pramatang mempunyai risiko tinggi dijangkiti pelbagai penyakit. Sebab tiada antibodi2 untuk kuman lain seperti demam campak jugak.

Sebab yang sama juga kenapa kita berikan vaksin pada umur2 tertentu(9 dan 12 bulan) sebba pada waktu tersebut, keberkesanan vaksin paling tinggi sekali. Kalau diberi lebih daripada waktu2 tersebut, vaksin itu sendiri akan kurang berkesan kerana akan bertindak dengan antibodi IgG daripada ibu ketika masih dalam kandungan dahulu(ianya tidak dapat diberikan melalui SUSU IBU)

Bahagian seterusnya kita bincang lebih mendalam macam mana nak kenal measles ni, apa rawatan dan yang paling horror, komplikasi daripada jangkitan virus tersebut.

Rujukan:

Aaby P, Samb B, Simondon F, Seek AM, Knudsen K, Whittle H. Nonspecific beneficial effect of measles immunisation: analysis of mortality studies from developing countries, BMJ , 1995, vol. 311 (pg. 481-485)

White CC, Koplan JP, Orenstein WA. Benefits, risks and costs of immunization for measles, mumps, and rubella, Am J Public Health , 1985, vol. 75 (pg. 739-744)

Boughton CR. Morbilli in Sydney: a review of 3601 cases with consideration of morbidity, mortality, and measles encephalitis, Med J Aust , 1964, vol. 58 (pg. 859-865)

Hersh BS, Tambini G, Nogueira AC, Carrasco P, de Quadros CA. Review of regional measles surveillance data in the Americas, 1996–99, Lancet , 2000, vol. 355

Marafu T, Siziya S, Muragasampillay S, Mason E, Manyame B, Tshi-manga M. Measles complications: the importance of their management in reducing mortality attributed to measles, Cent Afr J Med , 1997,

Shares