Pernah tengok cermin mata berlubang-lubang seperti ini. Ramai daripada penjual cermin mata ini mengatakan ia boleh menyembuhkan rabun. Maksudnya RABUN ITU BOLEH DIHILANGKAN SELEPAS PAKAI CERMIN MATA INI BEBERAPA KALI.

Disamping itu, banyak juga mereka yang menjual cermin mata ini dengan harga yang sangat mahal walaupun keberkesanannya belum lagi teruji.

Kami ingin menerangkan sedikit sebanyak berkenaan dengan masalah rabun dan juga cermin mata yang berlubang-lubang ini.

1) APA ITU RABUN?

Rabun ataupun dalam istilah perubatan dikenali sebagai ‘refractive error'(ralat pembiasan) merupakan salah satu masalah mata dimana pembiasan cahaya didalam mata tidak berlaku dengan tepat.

Ini menyebabkan titik fokus tidak jatuh secara tepat di atas retina dan menyebabkan pandangan menjadi kabur.

2) Terdapat 3 jenis ‘Refractive error'(Ralat pembiasan) iaitu:

– Rabun jauh(nearsightedness). Individu mungkin mempunyai bebola mata yang panjang menyebabkan titik fokus cahaya terletak dihadapan retina.
– Rabun dekat(farsightedness). Individu mungkin mempunyai bebola mata yang pendek menyebabkan titik fokus cahaya terletak dibelakang retina.
– Astigmatism. Orang kita selalu memanggil masalah ini sebagai ‘Silau’. Tetapi sebenarnya istilah tersebut tidak tepat bagi menggambarkan Astigmatism. Bagi artikel ini saya masih menggunakan istilah silau supaya semua tidak keliru

Gambarajah menunjukkan perbezaan titik fokus cahaya yang masuk ke dalam mata diantara orang yang normal dengan orang yang rabun

3) APA ITU ASTIGMATISM(silau)?

Astigmatism merupakan salah satu jenis ‘refractive error’ dimana dalam masalah ini jumlah titik fokus menjadi lebih daripada satu.

Ia disebabkan keadaan kornea yang tidak rata. Ini menyebabkan cahaya yang melintasi permukaan kornea terbias tidak sekata dan mempunyai banyak titik fokus.

astigmaaaDisebabkan kornea yang tidak rata, titik fokus menjadi banyak menyebabkan penglihatan menjadi kabur

4) CERMIN MATA BERLUBANG TIDAK BOLEH SEMBUHKAN RABUN

Cermin mata berlubang-lubang seperti ini hanya membantu mereka yang mempunyai masalah Astigmatism(silau) sahaja.

Ini kerana apabila kita menggunakan cermin mata seperti itu, cahaya yang masuk ke dalam mata akan berkeadaan lurus dan menyebabkan hanya satu titik fokus sahaja yang terhasil.

Disebabkan perkara itu, pemandangan mata akan menjadi lebih jelas apabila menggunakan cermin mata tersebut.

asssmaPinhole ataupun lubang kecil pada cermin mata akan membuatkan cahaya tersebut lebih fokus pada retina

Tetapi pemandangan tersebut akan menjadi terang apabila sedang menggunakan cermin mata itu sahaja. Setelah cermin mata itu ditanggalkan, individu yang mempunyai masalah astigmatism masih akan berhadapan dengan pandangan yang kabur. Ini kerana pemakaian cermin mata yang berlubang ini tidak akan punca kepada astigmatism itu iaitu kornea yang tidak rata tadi

Sebagai tambahan, perlu diketahui bahawa rabun adalah masalah pada struktur mata. Penggunaan cermin mata kaca ataupun berlubang-lubang seperti itu tidak akan menyembuhkan penyakit ini.

Jika benar-benar tidak mahu menggunakan cermin mata ataupun kanta lekap, maka pembedahan seperti LASIK perlu dijalankan untuk membetulkan balik struktur mata.

Kesimpulan kami: Penggunaan cermin mata berlubang-lubang ini tidak akan menyembuhkan rabun anda. Ia akan menjelaskan pemandangan anda ketika memakainya sahaja

Shares