Seringkali ibubapa gusar dan sering ditakut-takutkan dengan kisah viral berkenaan vaksin. Terbaru terdapat tuduhan liar bahawa seorang kanak-kanak telah mengalami masalah bengkak dibawah ketiak dan ianya dikatakan sebagai kesan AEFI(Adverse Events Following Immunisation) ataupun kesan mudarat selepas divaksin. Tuduhan yang dilemparkan pula menyatakan ianya adalah Suppurative BCG Lymphadenitis.

Sebelum nak huraikan perkara itu, perlu kita FAHAM dan HADAM maksud perkara tersebut itu sendiri.

Suppurative= bernanah, kuman terkumpul, kalau bengkak biasa ada mata.

BCG= vaksin Tuberculosis yang diberikan sejurus selepas bayi dilahirkan(ada sebabnya)

Lymphadenitis= salur limfa(lymph nodes) inflamasi(-itis) yang menyakitkan.

Setiap definisi dalam penyakit yang disebutkan diatas mempunyai kriteria dia juga yang tersendiri. Maksudnya kalau kita nak cakap satu kenderaan itu kereta sedan atau MPV, ada ciri-cirinya yang tersendiri. Kalau tiada, maksudnya ianya BUKAN perkara tersebut.

1. Suppurative

-kenapa dalam hal ini ianya bernanah, kita perlu kenal dulu apa itu penyakit batuk kering atau TB/TIBI/TUBERCULOSIS. Ramai yang menentang vaksin kononnya pakar dalam bidang vaksin tapi bila berkenaan penyakit yang dicegah vaksin itu sendiri, diam seribu bahasa. Sedikit pencerahan tentang penyakit ini boleh dibaca melalui pautan dibawah. Ringkas tapi penting. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Dalam hal vaksin pulak, bukan sahaja golongan dangkal tak kenal malah dia tuduh yang dia tak kenal tu sebagai punca masalah!

Siri Penyakit Vaksin: Tuberculosis(Bahagian 1)

Siri Penyakit Vaksin: Tuberculosis (Bahagian 2)

2. Vaksin BCG

-ianya diberikan kepada kanak-kanak sejurus selepas dilahirkan dinegara negara yang masih endemik dengan penyakit ini untuk mengelakkan khususnya untuk mengelakkan extrapulmonary TB seperti TB miliari(dimana ianya boleh merebak ke pelbagai organ dalam badan) dan TB meningitis(jangkitan selaput otak).

Bila ianya boleh menjangkiti si anak? Kenapa awal sangat beri? Sebab majoriti kes, sumber jangkitan adalah daripada ahli keluarga sendiri. TB ini pula boleh dormant dan hanya satu TUBERCLE kuman tersebut yang dihembuskan oleh seseorang sudah cukup untuk menyebabkan jangkitan. Time skin to skin selepas lahir itu sendiri sudah memadai untuk ianya berlaku. Boleh baca pautan seperti yang diberikan diatas.

3. Lymphadenitis

-ianya bukan dan tidak sama sekali sama dengan LYMPHADENOPATHY. Haa ini yang ramai golongan yang tidak bertauliah tersungkur membuat tuduhan tidak berasas kerana tidak berilmu dalam bidang tersebut. Bunyi dia lebih kurang tapi dah nama pun lain, ianya TIDAK sama mahupun interchangeable(ditukar ganti sebagai perkara yang serupa).

Tidak sama sekali khususnya bila melibatkan pesakit pediatrik yang masih muda umur mereka sebab perbezaan ini penting untuk menilai sama ada ketulan(lumps) atau benjolan(bumps) atau swelling(bengkak) melibatkan kanser atau tidak. Golongan yang benar-benar bertauliah TIDAK AKAN melakukan kesilapan amatur seperti ini. Macam Manchester City dengan Manchester United. Dari bandar yang sama dan nama lebih kurang tapi kelab yang berbeza bagai bumi dan langit.

Lymphadenopathy turut juga boleh hadir bagi pesakit kanak-kanak atas pelbagai jenis jangkitan yang tidak merbahaya. Sebab itu penting penilaian lanjut oleh mereka yang bertauliah untuk membezakan sama ada ianya serius atau tidak.

The eyes can’t see what the mind doesn’t know(mata tidak dapat melihat apa yang tidak diketahui dalam minda)

Kalau tak tahu perkara tersebut, ada depan mata terang benderang pun masih tidak sedar. Sebab itu pentingnya perlu ada asas ilmu dalam bidang tersebut.

Ada ke lymphadenitis yang tidak melibatkan BCG? Ada juga banyak lagi punca dan pelbagai kuman lain yang turut boleh menyebabkan perkara berikut. Ianya bukan spesifik sebagai kesan vaksin sahaja.

4. Lymph nodes

-sistem limfa ini pula umpama sistem pembentungan badan dimana kuman boleh dibawa untuk diperangkap disesetengah tempat(sentinel nodes). Sebab itulah apabila terjadi jangkitan yang tidak mudah atau sukar untuk diusir daripada badan, ianya mudah untuk bengkak.

Ianya akan drain satu hala menuju ke arah jantung

Boleh bayangkan dua sungai yang akhirnya akan bertemu dan mengalir keluar ke Selat Melaka. Kalau anda buang sampah disitu, adakah ianya akan naik semula ke sungai tersebut khususnya bila sungai tersebut hanya one way(satu hala) sahaja. Sama juga dengan lymphatic drainage tersebut. Mustahil pulak kalau dari sungai A tetibe sampah tu naik semula ke hujung sungai B pulak tu. Tapi itu lah yang dituduh dalam kes yang viral tersebut.

Bukan sahaja benjolan yang dialami BUKAN dari benjolan saluran limfa, malah cucuk lengan kiri vaksin BCG ketiak kanan pula yang berlaku benjolan tersebut. Semua perkara yang diterangkan diatas juga TIDAK dialami okeh sikecil tersebut. Perkara ini diakui sendiri oleh ibu sicomel itu. Boleh baca dibawah.

Penerangan daripada si ibu sendiri.

#######################################################################################################

Tuduhan berbaur fitnah disebabkan tidak mempunyai pengetahuan asas tentang vaksin mahupun perkara asas tentang anatomi tubuh badan manusia.

Tuduhan liar seperti ini juga tidak masuk akal kerana TIADA LANGSUNG vaksin dalam dunia ini yang diberikan ke dalam salur darah(blood vessels). Majoriti vaksin adalah intramuscular(disuntik kedalam otot) dan vaksin BCG pula satu-satunya dalam jadual imunisasi kebangsaan Malaysia adalah jenis intradermal(disuntik pada salah satu LAPISAN KULIT). Masuk otot pun tidak. Ini sekaligus menunjukkan masih ramai yang masih tidak faham perkara asas tentang vaksin tapi gemar membuat andaian yang tidak berasas seperti yang dapat dilihat.

Golongan antivaksin sering kali mengatakan bahawa ahli perubatan tidak jujur dan tidak amanah dalam menjalankan tugas sebab tidak menerangkan atau menyebarkan GPFK seperti dibawah kepada ibubapa(siap cakap orang KKM makan gaji buta dan mereka tak halalkan gaji yang dibayar melalui duit cukai mereka) walhal GPFK tersebut adalah untuk kegunaan AHLI PERUBATAN.

Nak tau sebab apa saranan tersebut ditekankan? Sebab bila tiada asas dalam bidang atau ilmu tersebut, ramai yang buat diagnosis amatur dan yang menunjukkan sendiri kecetekan/batasan pengetahuan ilmu seperti dalam kes ini. Sebab bila tengok list dan lepas tu tengok pesakit tanpa ada basic(asas je pun) knowledge, tuduhan liar berbaur fitnah macam ni yang akan berlaku.

Banyak lagi contoh. Kanak-kanak menangis tak berenti lepas vaksin? Terus dicop sebagai inconsolable crying(menangis tak berenti walaupun dipujuk). Walhal kalau orang dewasa kena inject vaksin seperti MMR contohnya, boleh gerenti kalau tidur bahagian yang disuntik tersebut akan berdenyut BERHARI-HARI. Sebab itu selalu kita bekalkan panadol syrup selepas kanak-kanak divaksin. Bukan sahaja turunkan demam MALAHAN sebagai ubat tahan sakit(analgesic). Tapi bila sampai dekat golongan terlebih cerdik seperti golongan antivaksin ni, terus dicopnya doktor bodoh sebab anak tak demam bagi panadol terus demam.

Ramai yang membuat pelbagai andaian dan tohmahan terhadap vaksin sendiri tidak tahu membezakan antara SIDE EFFECT, ADVERSE EFFECT DAN ADVERSE EVENTS. Ketiga-tiganya TIDAK SAMA dan TIDAK SYNONYMOUS. Kami dah siap buat artikel spesifik berkaitan isu tersebut tapi kalau malas membaca, tiada siapa boleh bantu.

Apakah itu AEFI (Adverse Events Following Immunisation)?

Semua benda ada tak kira vaksin atau pergi hospital pun. Contohnya minum air. Side effect minum air adalah hilang haus(bagus) dan buat anda nak kencing(depends on the situation). Adverse effect kalau minum air 5L one shot akan menyebabkan hyponatremia(kurang garam sodium dalam darah). Adverse event akibat daripada hyponatremia tersebut adalah otak boleh membengkak dan menyebabkan kematian. Simple tapi kalau hati dah hitam, memang susah nak menerima. Masyarakat Jahiliyah di Mekkah pun macam tu jugak dulu.

Kami boleh tunjukkan unta dimana kolam untuk minum air air tapi takkan nak kena paksa dan suapkan air pada unta tersebut ye tak?

Rujukan:

Goraya JS, Virdi VS. Treatment of Calmette-Guerin bacillus adenitis: A metaanalysis. Pediatr Infect Dis J. 2001;20(6):632–634

Hooi LN, Athiyah SO. An outbreak of BCG related lymphadenitis in Malaysian infants. Med J Malaysia. 1994;49(4):327–335

Observed Rate of Vaccine Reactions, Bacille Calmette Guerin (BCG) Vaccine 2012. World Health Organization (WHO), Global Vaccine Safety, Immunization, Vaccines and Biologicals.

G.A. Colditz, T.F. Brewer, C.S. Berkey, M.E. Wilson, E. Burdick, H.V. Fineberg, et al. Efficacy of BCG vaccine in the prevention of tuberculosis: meta-analysis of the published literature

Shares