Siri Pendidikan Pemakanan 1 – Kategori Berat Badan, Pengiraan Berat Badan Ideal dan Jangka masa penurunan!

Kita semua sedia maklum bahawa sudah terlalu ramai penduduk negara ini Obes dan juga berlebihan berat badan (Overweight). Negara kita juga menjadi JUARA paling OBES di asia tenggara dan antara tertinggi di benua Asia. Sudah tentu, pencapaian ini bukanlah satu pencapaian yang membanggakan tetapi sangatlah menyedihkan.

Tahukah anda, hampir separuh dari populasi rakyat Malaysia (47.7%) mempunyai kadar kolesterol yang tinggi? Setiap satu daripada tiga rakyat malaysia juga menghidap Darah Tinggi (Hypertension). Obesiti juga adalah risiko penyebab penyakit-penyakit seperti Darah Tinggi, Sakit Jantung, Diabetes, Buah pinggang dan sebagainya. Bahkan 70% kematian di hospital adalah disebabkan sakit yang berisiko dari Obesiti.

Survey yang dilakukan pada tahun 2015 (NHMS 2015) menunjukkan 94 peratus rakyat malaysia makan terlalu SEDIKIT buah buahan dan sayuran. Bayangkan betapa ‘kroniknya’ masalah pemakanan dan cara hidup masyarakat kita.

Baiklah. Sudah bersedia untuk berubah?

Sebelum kita pergi lebih lanjut kepada asas pemakanan yang pertama, mari kita ketahui bagaimanakah cara untuk mengetahui status berat anda. Ia dinamakan BMI atau Body Mass Index (Index Jisim Badan). Senang sahaja;

Berat (kg) / tinggi kuasa 2 (m2)

Sebagai contoh, jika berat anda ialah 80 kg dan ketinggian anda ialah 1.55 m, BMI anda ialah = 80 kg / 1.55 x 1.55 = 33.29

BMI 33.29 ialah dalam kategori OBESE TYPE 1.

Berikut ialah jadual kategori BMI mengikut kriteria WHO dan juga Asia.

Kebanyakkan dietitian di Asia termasuk Malaysia menggunakan BMI criteria Asia berbanding WHO, kerana ‘body frame’ orang Asia adalah kecil dan lebih tinggi lemak berbanding orang Eropah dan manusia dibenua lain. Ia juga sebagai langkah pencegahan sakit disebabkan pemakanan (darah tinggi, kencing manis, penyakit kardiovaskular) disebabkan kadar pesakit penyakit penyakit tersebut amatlah tinggi dikalangan orang Asia (terutamanya Malaysia).

Bagaimana nak tahu berat Ideal anda?

Jika anda seorang yang super obese, dietitian (pakar pemakanan) akan meletakkan target berat badan ideal anda para BMI 22-25 kerana inginkan penurunan dan target yang idealistik. Mereka juga tidak mahu anda terlalu stress nak turun cepat sangat.

Tetapi jika anda obese, dietitian akan meletakkan BMI target pada 22. Jika ‘Overweight’ dan ‘Underweight’ (Kurang berat badan), BMI target yang idealistik ialah 21. Mengapa? Kerana selain dari BMI, peratus dan jisim lemak serta otot juga adalah indikator penting bagi penurunan berat badan yang sihat!

Contoh pengiraan berat badan ideal = BMI IDEAL X tinggi dalam meter kuasa 2 (m2)

= 22 x 1.55 x1.55  Maka berat idealnya ialah 52.8 kg.

Jika berat anda sekarang ialah 80 kg, maka sebanyak 27.2 kg berat anda perlu kurangkan untuk mendapat berat badan ideal 52.8 kg!

Bagaimana pula dengan penurunan berat badan?

Penurunan berat badan yang sihat adalah sebanyak 0.5 kg – 1 kg seminggu. Jika terdapat 27.2 kg yang perlu anda turunkan, maka, tempoh masa untuk mencapai target berat badan ideal anda ialah 27 minggu ke 54 minggu. Lebih kurang 6.75 bulan (paling cepat) ke 13.5 bulan.

Dan sudah tentulah melalui pemakanan yang SIHAT serta SENAMAN. InshaAllah, nantikan siri pendidikan pemakanan yang seterusnya – tentang DIET!

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, boleh like page kami Root Of Science

3 thoughts on “Siri Pendidikan Pemakanan 1 – Kategori Berat Badan, Pengiraan Berat Badan Ideal dan Jangka masa penurunan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.