Vaksin mengandungi komponen biologi yang berfungsi sebagai bahan aktif unik yang diperlukan bagi mengaruh sistem imun tubuh. Ia juga mengandungi pelbagai komponen bukan biologi yang terdiri dari mineral, garam dan bahan organik yang selalunya ditulis sebagai: ‘adjuvant’, ‘diluent’ dan ‘excipient’ dalam senarai kandungan vaksin.

Artikel ini akan membincangkan sedikit mengenai kandungan, fungsi serta keperluan setiap komponen tersebut secara umum.

ADJUVANT

‘Adjuvant’ adalah komponen dalam sesetengah vaksin yang digunakan untuk mengaruh respon imun yang lebih tinggi oleh tubuh terhadap komponen biologi dalam vaksin. Jadi, kita cuma menggunakan sedikit saja amaun virus, bakteria atau partikel protein dari patogen dalam vaksin.

GARAM ALUMINIUM

Garam aluminium dalam bentuk aluminium hidroksida, aluminium fosfat atau kalium aluminium sulfat (alum) telah digunakan sebagai adjuvan dalam vaksin lebih 70 tahun.

Adjuvan aluminium berfungsi untuk meningkatkan masa bagi antigen (virus, bakteria atau partikel protein dari patogen) berada lebih lama di sekitar tempat suntikan. Ini akan meningkatkan masa induksi sistem imun setempat untuk diaruh oleh antigen tersebut sebelum patogen dimusnahkan oleh sistem tubuh. Maka, sedikit saja antigen sudah cukup untuk mengaruh sistem kita membina pertahanan tubuh terhadap antigen tersebut.

Walaupun terhadap beberapa kerisauan berkaitan keselamatan pengambilan aluminium, amaun yang diambil dari vaksin adalah sangat sedikit berbanding diet dan persekitaran. Seorang bayi yang hanya meminum susu ibu mengambil sehinga 7 mg aluminium sepanjang enam bulan hidup mereka.

Adjuvan aluminium hanya terdapat dalam vaksin hepatitis B dan DTaP bagi senarai vaksin bayi dan kanak-kanak di premis kerajaan (dos terkumpul sebanyak 2.4 mg) sepanjang 18 bulan vaksinasi. Perlu diingat, aluminium dikumuhkan melalui tubuh selepas beberapa ketika, jadi amaun aluminium sebenarnya tidak terkumpul dalam tubuh (kecuali jika mempunyai masalah kegagalan ginjal).

Movsas et al. (2013) melalui kajian terhadap bayi-bayi yang disuntik vaksin dengan adjuvan aluminium menunjukkan tidak terdapat sebarang peningkatan signifikan aluminium dalam darah bayi tersebut. Kajian beliau juga mendapati korelasi terhadap kecederaan ketika kelahiran dan

EXCIPIENTS

‘Excipients’ adalah bahan-bahan tambah yang dimasukkan dalam ubatan bertujuan sebagai pengawet, pengisi (filler), penstabil, surfaktan, pelarut.

PRESERVATIVES

Terdiri dari bahan pengawet yang melanjutkan tempoh hayat vaksin dan melindungi vaksin dari sebarang kontaminasi mikrob setelah dipakejkan. Contoh pengawet:

2-phenoxyethanol

Ia adalah bahan pengawet antimikrob yang biasa ditemui dalam pelbagai barangan penjagaan diri dan kosmetik. Contohnya: ubat titisan telinga (ear drops), ubat titis mata, losyen bayi, barangan penjagaan bayi yang menggunakan sapuan.

Ia mudah meresap melalui kulit. Malah ia adalah bahan meruap yang cepat dikumuhkan melalui nafas dan melalui kencing dan najis.

Thiomersal atau Thimerosal

Ia adalah derivative dari merkuri (organomercury). Ia berfungsi sebagai antiseptik dan antifungal. Ia dikumuhkan dengan cepat oleh tubuh dalam masa beberapa jam sahaja selepas pengambilannya, berlainan dari logam berat merkuri yang mendeposit dalam tubuh.

Kerana stigma dan ketakutan tentang keselamatannya, bahan thimerosal ini tidak lagi digunakan dalam kebanyakan vaksin.

SURFACTANT

Bahan ini berfungsi mengurangkan ketegangan permukaan yang membolehkan sesuatu mudah larut dalam pelarutnya (air contohnya). Ia berfungsi sebagai bahan pengemulsi supaya komponen vaksin tidak terpisah. Contohnya:

Polysorbate 80 (Tween 80) yang diperbuat dari sorbitol (sejenis gula) dan asid oleic (asid lemak omega-9). Ia biasa dijumpai dalam makanan terproses seperti aiskrim. Polysorbate 80 juga biasa dijumpai dalam bahan penjagaan diri seperti ubat gigi dan syampu.

STABILIZERS (BAHAN PENSTABIL)

Bahan ini menghalang tindak balas kimia dalam pakej vaksin. Ia juga menghalang komponen vaksin terpisah atau melekat pada dasar dan dinding bekas. Contoh bahan penstabil dalam vaksin: gula seperti laktosa (gula seperti dalam susu) dan sukrosa (gula putih), asid amino seperti glycine dan glutamate (dalam monosodiumglutamate, MSG), protein seperti human albumin (albumin manusia), iaitu protein rekombinan manusia yang dihasilkan oleh yis.

Bahan penstabil ini termasuk juga gelatin yang melindungi vaksin dari lonjakan suhu ketika pemindahan (buka tutup pintu peti sejuk tak merosakkan vaksin, virus yang dijadikan Allah taklah cokia sangat sifatnya tau!)

Gelatin juga bukan berfungsi sebagai ‘antifreeze’ (seperti telahan sesetengah pihak). Kebanyakan vaksin datang dalam bentuk ‘lyophilised’ atau ‘freeze-dried’.

DILUENT

Sesuatu yang digunakan untuk melarutkan vaksin yang ter-lyophilised tersebut. Biasanya air yang telah dinyahkuman (sterile water) atau air yang ditambah surfactant seperti polysorbate 80.

RUJUKAN

Wang J, Su C, Liu R, Liu B, Khan IU, Xie J, Zhu N. A Pre-Clinical Safety Evaluation of SBP (HBsAg-Binding Protein) Adjuvant for Hepatitis B Vaccine. PloS one. 2017 Jan 19;12(1):e0170313.

Melo FI, Morales JJ, De Los Santos AH, Rivas E, Vigne C, Noriega F. Immunogenicity and Safety of a Booster Injection of DTap-IPV//Hib (Pentaxim) Administered Concomitantly With Tetravalent Dengue Vaccine in Healthy Toddlers 15–18 Months of Age in Mexico: A Randomized Trial. The Pediatric infectious disease journal. 2017 Jun 1;36(6):602-8.

Movsas TZ, Paneth N, Rumbeiha W, Zyskowski J, Gewolb IH. Effect of Routine Vaccination on Aluminum and Essential Element Levels in Preterm Infants. JAMA Pediatr. 2013;167(9):870–872. doi:10.1001/jamapediatrics.2013.108

Rivera L, Pedersen RS, Peña L, Olsen KJ, Andreasen LV, Kromann I, Nielsen PI, Sørensen C, Dietrich J, Bandyopadhyay AS, Thierry-Carstensen B. Immunogenicity and safety of three aluminium hydroxide adjuvanted vaccines with reduced doses of inactivated polio vaccine (IPV-Al) compared with standard IPV in young infants in the Dominican Republic: a phase 2, non-inferiority, observer-blinded, randomised, and controlled dose investigation trial. The Lancet Infectious Diseases. 2017 Apr 25.

Czajka H, Schuster V, Zepp F, Esposito S, Douha M, Willems P. A combined measles, mumps, rubella and varicella vaccine (Priorix-Tetra™): immunogenicity and safety profile. Vaccine. 2009 Nov 5;27(47):6504-11.

Wellington K, Goa KL. Measles, Mumps, Rubella Vaccine (Priorix™ GSK-MMR). Drugs. 2003 Oct 1;63(19):2107-26.

Liu J, Tran V, Leung AS, Alexander DC, Zhu B. BCG vaccines: their mechanisms of attenuation and impact on safety and protective efficacy. Human vaccines. 2009 Feb 1;5(2):70-8.

Shares