Sejak beberapa ketika, garis-masa Facebook dipenuhi iklan berbentuk video yang memaparkan bagaimana sejenis serum kecantikan yang boleh menghilangkan kedut dalam masa tidak sampai lima minit. Serum ini hanya disapukan perlahan-lahan kebahagian bawah mata (eye-bag) seorang wanita yang agak berumur.

Setelah beberapa minit, kita dapat melihat ‘eye-bag’ dan kedutan dibawah mata wanita tersebut hilang dan sangat berbeza dengan bahagian mata beliau yang tidak disapu serum tersebut.

Image result for anti aging

Adakah ini benar? Adakah ini hanya ‘camera-trick’?

Sebenarnya serum tersebut memang benar, wujud dan menghasilkan kesan serta merta seperti yang ditunjukkan. Menarik bukan?

Kemungkinan besar serum tersebut adalah mengandungi sejenis peptida yang dipanggil Argireline. Ia juga dipanggil sebagai ‘Botox in a Jar’ (botox di dalam botol). Mungkin kita sudah biasa mendengar tentang botox – suntikan yang digunakan untuk terlihat berkulit tegang tanpa kedutan di muka. Botox sebenarnya digunakan secara klinikal untuk untuk ‘merehatkan’ otot dalam kes strok atau kecederaan tulang belakang yang menyebabkan spastisiti.

Image result for botox injection

Botoks adalah toksin botulinum yang diperolehi dari bakteria Clostridium botulinum. Toksin ini merencat penghasilan dan perembesan neuropemancar asetilkolin (acetylcholine) di hujung akson neuron di persimpangan neuro-otot. Ini akan menyebabkan paralisis otot sementara.

 

 

Toksin botulinum ini sebenarnya sangat toksik dan boleh menyebabkan kematian pada dos yang rendah (Dos penyebab kematian (LD) = 1-2 ng/kg). Sebab itu suntikan botox untuk tujuan kosmetik perlu dilakukan oleh orang yang terlatih dan berkelayakan. Kesilapan yang sedikit boleh menyebabkan kematian!

Image result for botox injection

Argireline untuk tujuan kosmetik ini dihasilkan secara sintetik sepenuhnya. Berbeza dengan molekul botox yang merupakan protein globul yang berfungsi, Argireline adalah berbentuk peptida ringkas.

 

Peptida adalah rantaian asid amino yang berbentuk linear. Argireline terdiri dari rantaian asid amino (heksapeptida) Ac-Glu-Glu-Met-Gln-Arg-NH2 yang sebenarnya adalah sebahagian fragmen kecil toksin botulinum tersebut .

Image result for argireline

Fragmen SNAP-25 ini adalah sebahagian toksin botulinum yang menambat dan merencat formasi protein-protein SNARE. Ini akan menghalang catecholamine yang bergantung pada Ca2+ dirembes dari sel chromaffin justeru menyebabkan pengecutan sel otot tidak berlaku dan otot dalam keadaan ‘relaks’.

Image result for argireline

Kelebihan Argireline adalah ia rendah risiko keracunan botulinum berbanding botox dan dapat digunakan secara sapuan (tidak perlukan suntikan). Namun, Argireline tidak poten seperti suntikan botox. Kesan selepas sapuan hanya kekal selama 1-9 jam, bergantung pada ketulenan, kuantiti dan kualiti Argireline dalam larutan tersebut.

 

Adakah Argireline selamat digunakan?

Setakat ini, untuk kegunaan jangka pendek ia adalah selamat. Namun, Argireline masih baru dipasaran dan kajian jangka masa panjang belum lagi didapati sepenuhnya.

RUJUKAN

Blanes‐Mira C, Clemente J, Jodas G, Gil A, Fernández‐Ballester G, Ponsati B, Gutierrez L, Pérez‐Payá E, Ferrer‐Montiel A. A synthetic hexapeptide (Argireline) with antiwrinkle activity. International journal of cosmetic science. 2002 Oct 1;24(5):303-10.

Wang Y, Wang M, Xiao XS, Huo J, Zhang WD. The anti-wrinkle efficacy of Argireline. Journal of Cosmetic and Laser Therapy. 2013 Aug 1;15(4):237-41.

Raikou V, Varvaresou A, Panderi I, Papageorgiou E. The efficacy study of the combination of tripeptide‐10‐citrulline and acetyl hexapeptide‐3. A prospective, randomized controlled study. Journal of Cosmetic Dermatology. 2017 Feb 1.

Shares