Peminat-peminat kucing pasti ramai yang mengenali kucing yang digelar sebagai ‘Munchkin’ yang begitu comel. Ia lebih terkenal apabila video Paris Hilton yang memaparkan dua ekor kucing Munchkin di Instagram beliau. Makin ramai peminat yang berangan-angan memiliki kucing Munchkin ini walaupun harganya mencecah puluhan ribu ringgit.

KUCING MUNCHKIN YANG COMEL

Kucing Munchkin merujuk kepada kucing berkaki pendek (berbanding normal) yang kelihatan comel berjalan terkedek-kedek. Ia juga dikatakan kelihatan seperti anak kucing. Ada juga yang memanggil mereka dengan gelaran ‘kucing sosej’ kerana ada antara kucing ini mempunyai struktur kaki yang sangat pendek. Sehingga hampir ditenggelami tubuh mereka yang membulat.

Image result for munchkin cat jpg

Nama ‘Munchkin’ tersebut diambil dari karektor ‘The Munchkin’, penduduk natif Munchkin Country dalam cerita ‘The Wonderful Wizard of Oz’ karya Frank L Baum.

Related image

Dorothy Gale (Judy Garland) dikelilingi The Munckins dalam filem ‘The Wizard of Oz’ (1939)

 

KUCING MUNCHKIN DAN GENETIK

Baka kucing yang biasa seperti Siamese, Tonkinese, Scottish Fold atau British Shorthair mempunyai ciri-ciri klasik yang membezakan mereka dengan baka lain seperti ciri bulu, warna, bentuk muka, bentuk badan dan sebagainya. Kucing Munchkin hanya mempunyai kelainan dari segi bentuk kaki. Ia boleh berlaku pada kucing jenis domestic, kucing baka siam atau British Shorthair.

Related image

Kucing Munchkin-Scottish Fold

Ini menimbulkan deduksi bahawa kelainan ini adalah kecacatan genetik yang boleh berlaku pada kucing. Para pengkaji telah membuktikan bahawa keadaan kucing Munchkin ini adalah diwarisi dan diakibatkan oleh masalah genetik yang menyebabkan kekerdilan atau dwarfism, seperti yang berlaku pada manusia.

Image result for munchkin cat jpg

 

Masalah achondroplasia yang menyebabkan kekerdilan selalunya diakibatkan oleh kelainan genetik yang menyebabkan pembentukan tulang dan rawan yang tidak sempurna. Dalam kes achondroplasia manusia, ia diakibatkan oleh mutasi pada gen yang mengekodkan protein FGFR3 yang penting dalam pembentukan tulang.

Keluarga Roloff dari siri realiti TV ‘Little People, Big World’. Amy Roloff dan anak beliau Zack mengalami kondisi achondroplasia.

Terdapat beberapa keadaan kekerdilan pada manusia yang diakibatkan oleh mutasi genetik yang berlainan seperti mutasi pada gen pengekod protein COMP yang mengakibatkan masalah kekerdilan jenis pseudoachondroplasia. Malah terdapat juga masalah kekerdilan diakibatkan oleh masalah dari hormon ptuitari dan hormone pertumbuhan.

Autosomal dominan: Gen yang mengekod mutasi genetik tersebut berada pada kromosom selain kromosom seks X dan Y. Ia menunjukkan ciri-cirinya walaupun kita hanya mewarisi satu alel sahaja.

 

Masalah genetik yang dihadapi oleh kucing Munchkin masih lagi tidak dapat dirungkai sehingga kini. Namun, keadaan itu telah dibuktikan diwarisi melalui autosomal dominan. Ciri-ciri kaki pendek tersebut adalah ciri dominan. Malah, anak kucing yang mewarisi kedua-dua kromosom yang mempunyai ciri Munchkin tersebut, ia akan mati dalam kandungan atau sebaik saja dilahirkan.

KONTROVERSI BERHUBUNG KUCING MUNCHKIN

 

Walaupun baka kucing Munchkin telah diiktiraf oleh banyak badan pendaftaran baka kucing antarabangsa, banyak juga pihak yang menentangnya. Mereka berpendapat ciri kaki pendek pada kucing ini mungkin membawa kesan kesihatan yang tidak baik pada kucing. Ia adalah kecacatan genetik seperti kucing albino (boleh baca penerangan mengenai bulu kucing disini) atau kucing heterochromia (baca mengenainya disini) yang tidak sepatutnya diiktiraf sebagai ‘baka’ atau ‘pedigree’ baru.

Image result for munchkin cat jpg

Walau apapun kontroversi mengenai kucing Munchkin ini, diharap setiap pemilik mengasihi mereka yang istimewa dari segi genetik dan menjaga mereka sehingga akhir hayat mereka. Bahkan kucing-kucing lain disekeliling kita juga, kasihani dan kasihi lah mereka… OK?!

RUJUKAN

Haase B, Mazrier H, Wade CM, Volstad NJ, Schaefer SL, Snyder LA, Meinen JB, Sample SJ. Digging for known genetic mutations underlying inherited bone and cartilage characteristics and disorders in the dog and cat. Veterinary and Comparative Orthopaedics and Traumatology (VCOT). 2016 Jul 19;29(4):269-76.

Hutt FB. Malformations and defects of genetic origin in domestic animals. InComparative Aspects of Reproductive Failure 1967 (pp. 256-267). Springer Berlin Heidelberg.

Lyons LA. DNA mutations of the cat: the good, the bad and the ugly. Journal of feline medicine and surgery. 2015 Mar;17(3):203-19.

http://cvm.missouri.edu/vrs/2014VRSPposters/pdfs/Sellers.pdf

Webster MK, Donoghue DJ. Constitutive activation of fibroblast growth factor receptor 3 by the transmembrane domain point mutation found in achondroplasia. The EMBO journal. 1996 Feb 1;15(3):520.

Briggs MD, Hoffman SM, King LM, Olsen AS, Mohrenweiser H, Leroy JG, Mortier GR, Rimoin DL, Lachman RS, Gaines ES, Cekleniak JA. Pseudoachondroplasia and multiple epiphyseal dysplasia due to mutations in the cartilage oligomeric matrix protein gene. Nature genetics. 1995 Jul 1;10(3):330-6.

Shares