“Minta mak, kueh sepotong,
Saya mau makan kerna perut kosong”

1.0 Dam dam dum, bunyi mercun !!

Dikatakan mercun itu sebahagian dari budaya kita rakyat Malaysia, terutamanya ketika musim perayaan. Benar ataupun tidak, di sini kami ingin bercerita tentang mercun dari beberapa dimensi yg berlainan.

1.1 Apa itu mercun?

Mercun ialah sejenis perkakas letupan kecil yang direka terutamanya untuk menghasilkan bunyi bising yang amat kuat, terutamanya dalam bentuk dentuman kuat; apa-apa kesan visual turut bersampingan dengan tujuan ini. Mercun mempunyai sumbu dan dibalut dengan longsongan kertas yang sangat tebal agar dapat menampung letupan besar. Mercun, serta bunga api kini dipercayai berasal dari China. [rujukan: Bayyan Linnas Mufti WP]

Antara jenis mercun yg sering dijual ialah mercun bola, mercun roket, mercun ketupat dll. Sebahagian mercun ini diseludup masuk dari sempadan negara jiran.

2.0 Mercun & Kimia:

Secara umumnya, kesemua proses pembakaran memerlukan 3 komponen: oksigen, bahan bakar dan haba. Komponen utama mercun dijelaskan secara ringkas seperti berikut:

Haba: Haba dibekalkan ke mercun melalui sumbu. Kebiasaannya sumbu dinyalakan melalui sumber haba luaran seperti lilin. Sumbu berfungsi sebagai penyalur haba ke bahan bakar & oxidizer pada kadar yg dimahukan.

Oxidizing Agent: Oxidizer ialah bahan kimia yg akan menghasilkan gas oksigen yg diperlukan untuk menyokong tindakbalas pembakaran di dalam mercun. Di dalam sarung mercun yg tertutup, gas oksigen akan terhasil dgn kadar yg cepat & kepekatan yg tinggi apabila oxidizer ini menerima haba yg mencukupi.

Bahan bakar (reducing agent): Bahan bakar seperti arang & sulfur akan terbakar dengan kehadiran sumber haba & oksigen – lalu menghasilkan gas karbon dioksida & sulfur dioksida.

Pewarna: Warna percikan yg terhasil semasa pembakaran ditentukan oleh jenis garam logam yg terkandung didalam mercun. Sbg contoh, garam strontium boleh menghasilkan nyalaan merah bila dibakar. Elektron didalam garam logam ini akan berada di dalam ‘excited state’ selepas menerima tenaga dari tindakbalas redox. Elektron dari logam yg berlainan akan menghasilkan jumlah tenaga yg berlainan dan panjang gelombang (λ) yg berlainan – lalu menghasilkan spektrum warna yg berlainan.

2.1 Tindakbalas Redoks dalam Pembakaran Mercun:

Penurunan/ Reduction (thermal decomposition reaction):
2KNO3 (solid)+tenaga→ 2KNO2 (solid)+ O2 (gas)

Pengoksidaan/ Oxidation (combustion):
C (solid)+ O2 (gas)→ CO2 (gas)+tenaga
S (solid)+ O2 (gas) → SO2 (gas)+tenaga

Gas oksigen yg terhasil pada tindak balas penurunan/ reduction tadi akan bertindak balas dgn bahan bakar (carbon dari arang & sulfur dari belerang) semasa tindakbalas pembakaran, lalu menghasilkan gas carbon dioksida & sulfur dioksida.

3.0 Mercun & Fizik

Rekabentuk mercun roket adalah berbeza dari mercun lain. Apabila mercun roket dibakar, tindak balas kimia antara bahan bakar & gas oksigen berlaku lalu menghasilkan gas ekzos (sulfur dioxida & carbon dioxida). Seperti konsep pelepasan roket angkasa lepas, daya tujahan dari gas ekzos ini akan menolak mercun roket terbang ke atas.
Ledakan tenaga dari tindakbalas kimia & sarung mercun yg tertutup akan menyebabkan gas ekzos itu berada pada tekanan yg tinggi. Gas ekzos ini akan keluar dari lubang kecil pada bawah mercun roket tersebut pada tekanan yg tinggi, lalu menghasilkan daya tujahan yg bertindak ke bawah. Daya tujahan oleh gas ekzos ini akan menolak jasad mercun roket ke atas. Mercun roket akan berhenti terbang bilamana tindak balas kimia yg menghasilkan gas ekzos itu tamat.

4.0 Mercun & Islam

Kami lampirkan tulisan Sahibus Samahah Mufti WP Datuk Dr Zulkifli bin Muhamad al-Bakri berhubung amalan bermain mercun di pautan ini sebagai peringatan.

5.0 Mercun & Undang-Undang Malaysia

Larangan menyimpan, menjual & bermain mercun tertakluk di bawah Akta Bahan Letupan 1957 – jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 7 tahun atau denda RM 10,000 atau kedua-duanya.

6.0 Mercun & Keselamatan

Tak dinafikan bermain mercun itu menyeronokkan. Pada masa yg sama juga, mercun boleh menjadi menjengkelkan & menyusahkan. Anak kecil terjaga dan tak boleh tidur. Ada kanak-kanak cedera sampai terputus jari. Ada yg sampai terbakar rumah. Jangan main mercun.

7.0 Rujukan Keratan Akhbar


Rujukan 1: Utusan Online


Rujukan 2: Utusan Online


Rujukan 3: Berita Harian Online


Rujukan 4: Sinar Harian Online

Shares