Malaysia gempar lagi dengan berita kematian 2 tentera laut ketika mana mereka menjalani latihan di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan. Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26 dan Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28 merupakan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang dihantar ke tempat tersebut disebabkan keselahan tertentu.

Ketika menjalani latihan di kawasan bilik tahanan tersebut, kedua-dua anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas dan disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik pada 3.15 petang, 29/9/2017.

Siasatan forensik telah dibuat oleh Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan mengesahkan bahawa kematian Muhammad Lailatuiman adalah kerana pendarahan di dalam paru-paru disebabkan trauma tumpul(blunt trauma) pada tisu lembut(soft tissue) pesakit.

Perlu diketahui bahawa pendarahan dalam paru-paru dikenali sebagai ‘Hemothorax’ dan ia boleh menyebabkan kematian dengan dua cara iaitu sama ada pesakit mengalami kekurangan darah kerana pendarahan yang berlaku di dalam paru-paru hingga menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.




Ataupun ia juga boleh disebabkan pesakit mengalami sesak nafas disebabkan darah yang terkumpul di dalam paru-paru menolak paru-paru hingga menyebabkan saiz paru-paru menjadi kecil. Ini akan menyebabkan pesakit kekurangan oksigen dan mengalami sesak nafas.

Paru-paru sebelah kiri mengecil disebabkan ia penuh dgn cecair(darah) di dalamnya. 

Hemothorax

Pendarahan dalam paru-paru ataupun hemothorax selalunya berlaku disebabkan dua sebab iaitu sama ada kecederaan yang disebabkan benda yang tajam seperti pisau ataupun kecederaan yang disebabkan benda yang tumpul(blunt object) seperti besi paip, kayu besbol, pukulan menggunakan kaki dan tangan dan sebagainya.

Selalunya kecederaan yang melibatkan objek yang tumpul akan merosakkan tisu yang menyelaputi paru-paru iaitu pleura. Ia akan menyebabkan pendarahan di dalam ruang di antara paru-paru dan pleura tersebut dan menyebabkan darah itu terkumpul dan menolak tisu paru-paru menjadikan saiz paru-paru menjadi kecil.

Ini akan menyebabkan 2 keadaan seperti yang saya katakan di atas
1) Tekanan darah menjadi rendah disebabkan pendarahan dalaman
2) Pesakit akan menjadi sesak nafas disebabkan kekurangan oksigen

dan kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan kematian kepada pesakit.

Jarang untuk kecederaan tumpul menyebabkan pendarahan dalam paru-paru melainkan jika ia melibatkan trauma yang teruk seperti melibatkan kemalangan di atas jalan raya.

Ketika seseorang mengalami kemalangan jalan raya, salah satu perkara yang perawat kesihatan akan periksa adalah sama ada dia mengalami pendarahan di dalam paru-paru ataupun tidak. Kerana ia adalah salah satu keadaan yang mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan cepat.

Rawatan

2 jenis rawatan yang perlu diberikan kepada pesakit adalah
1) Menjalankan tranfusi darah kepada pesakit jika pesakit mengalami kekurangan darah
2) Mengeluarkan darah yang terkumpul di dalam paru-paru pesakit.

Disamping itu, pesakit juga akan diberi gas oksigen dengan menggunakan ‘mask’ yang sesuai untuk meningkatkan jumlah oksigen di dalam badan

Tiub yang dimasukkan ke dalam paru-paru pesakit

Thoracostomy

Salah satu prosedur yang dibuat untuk mengeluarkan darah pesakit adalah dengan membuat prosedur thoracostomy dimana pada kulit dada pesakit akan dipotong sehingga sampai ke dinding luar paru-paru. Kemudian tiub kecil akan dimasukkan ke dalam paru-paru tersebut untuk mengeluarkan darah yang terkumpul.

Ini akan menyebabkan paru-paru pesakit mengembang semula dan paru-paru dapat berfungsi seperti biasa

Sebenarnya keadaan hemothorax adalah keadaan yang boleh diselamatkan jika pesakit tersebut dirawat dengan cepat. Tetapi mungkin disebabkan petugas di bilik tahanan tersebut tidak mengetahui keadaan pesakit, maka mereka membiarkannya begitu sahaja dan menyebabkan kematian kedua-dua mangsa.

Takziah

Takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga mangsa terutamanya isteri arwah dan anak-anak mereka. Kami doakan agar ahli keluarga kuat untuk menghadapi perkara ini.




Sumber
1. https://www.malaysiakini.com/news/396886
2. http://emedicine.medscape.com/article/2047916-overview

Shares