Kenapa kena makan ubat?

  1. Mengawal masalah kesihatan dan penyakit.
  2. Mencegah Jangkitan (Antibiotic)
  3. Mencegah Penyakit (VAKSIN)
  4. Mempercepatkan penyembuhan penyakit
  5. Merawat penyakit
  6. Melegakan gejala penyakit.

Apa itu ubat?

Terdapat dua jenis ubat.

  1. Ubat Am (adalah ubat yang tidak pelukan sebarang preskripsi daripada doktor, dan lazimnya di jual di rak terbuka di farmasi atau kedai-kedai biasa)

Contohnya: ubat cacing, ubat demam, vitamin

2. Ubat Terkawal

  • Dengan preskripsi
  • Tanpa Preskripsi dan boleh diperolehi daripada ahli farmasi. (Cream, ubat selsema)

Bagaimana untuk mengenalpasti sama ada ubat tersebut tulen atau tidak?

1.  Mesti mempunyai nombor pendaftaran

8 digit nombor pendaftaran mengikut abjad

A: Scheduled Poisons
X: Non-scheduled Poisons (over the counter products)
T: Traditional Medicines
C: Contract Manufactured
E: Export Only
R: Repacked
S: Second source
N: Health Supplement
H: Veterinary
Z: Zero Rated GST
Y: Orphan Products

         Contoh

  •          MAL 98765432CX : bermaksud X, ubat OTC dan C; mempunyai kontrak pengilang
  •          MAL 8788888A: bermaksud A, Ubat terkawal

 

2. Mengesahkan nombor pendaftaran

Sila layari,  http://npra.moh.gov.my/index.php/2016-08-02-06-37-27/products-search
atau
www.bpfk.gov.my (Klik pada product search quest 2 atau quest 3)

 

Boleh tak kita makan dengan supplement kesihatan yang lain?

Ini adalah soalan yang kerap diajukan

Jawapan:

  1. Semak dulu sama ada mempunyak KKM approval atau tidak.
  2. Jangan terus makan sebab dengar testimoni A, B, C , D. Tanya Doktor yang sedang merawat anda dahulu. Baik-baik bacaan dah cantik doktor dan team mereka di hospital membantu, anda tiba-tiba mengambil suplemen berdasarkan testimoni, terus merana semula badan. Jangan ya.
  3. Sesetengah ubat tidak dapat mencapai kesan optimum apabila mempunyai saingan daripada unsur-unsur lain (Drug-drug interaction). Ini berlaku terutama daripada ubat yang diberi daripada preskripsi doktor bersaing bersama dengan ubat yang dijual di rak terbuka (over the counter), suplemen herba dan suplemen kesihatan lain. Kebanyakkan ubat perlu melalui fasa enzim metabolism (Cytochrome P450) di dalam hati. Terdapat herba-herba tempatan  yang mengaruh enzim ini contohnya pegaga, kacip fatimah, tongkat ali, hempedu bumi. Kacip Fatimah dilihat meningkatkan P450 dan ini meyebabkan metabolisma beberapa ubat tahan sakit dan  ubat sawan ( anti-epileptic drugs) meningkat , manakala pengambilan  warfarin bersama kacip fatimah menganggu kesan optimum warfarin di dalam badan.  Pengambilan warfarin bersama vitamin E pula menyebabkan masa untuk proses clotting bertambah, dan ini boleh menyebabkan pendarahan. Pengambilan antibiotic bersama minuman citrus pula mengganggu keberkesanan antibiotic daripada sub-kumpulan macrolides.
  4. Setiap tubuh badan manusia mempunyai fisiologi yang berbeza. Jika tidak mempunyai penyakit kronik, fisiologi badan seseorang jauh lebih pantas bertindak berbanding yang mempunyai sakit kronik. Tapi, perlu diingatkan, jika kita memaksa badan kita bekerja keras (contohnya kerana pengambilan unsur-unsur suplemen daripada testimoni A,B,C, D tanpa sebarang kajian klinikal) tanpa disedari, organ-oragan yang baik ini juga akan rosak. Umpama mesin yang canggih, disuruh bekerja keras tanpa sebarang maintenance dan jadual rehat, lama kelamaan akan hilang fungsi kecanggihannya malah ada yang terus tidak dapat digunakan. Demikian juga jika seseorang yang sihat, tetapi mengambil pelbagai produk kesihatan tanpa memikirkan kesan sampingan terutama kepada organ seperti buah pinggang, hati, sistem neurologi, dan jantung,  ditambah lagi tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat (kerana terlalu yakin  pengambilan supplement, teh X, Pill C, boleh mencapai status sihat tanpa perlu menjaga pemakanan dan senaman yang kerap), maka organ-organ dalaman badan akan hilang fungsi keupayaaan mereka. Apabila hilang fungsi, maka, terpaksalah berjumpa doktor pakar untuk bantuan. Bukankah pengakhiran yang tidak diingini oleh sesiapa.

Kesimpulan

Jika ditakdirkan seseoarang itu sakit,berjumpalah dengan para doktor agar masalah kesihatan yang dihadapi mendapat jalan penyelasaian yang terbaik. Pengambilan ubat yang terkawal serta mengikut nasihat yang diberikan mampu untuk membantu mengawal kebanyakan jenis masalah penyakit.

Rujukan

  1. www.bpfk.gov.my
  2. http://www.myhealth.gov.my/
  3. Medical Pharmacology at Glance. Michael J. Neal. Wiley-Blackwell. 7th Edition. 2014

 

Shares