Antara salah satu industri yang semakin berkembang dengan pesat adalah penjualan essential oils. Apa benda tu? Kuih ke? Tiap2 minggu gerenti akan atleast ada orang akan tanya pasal ni.

Ianya adalah cecair yang mengandungi sebatian aroma yang telah diestrak dari tumbuh tumbuhan yang boleh diperolehi dari pelbagai proses. Dah lama wujud sebagai sebahagian daripada apa yang dipanggil aromatherapy, dimana ia dianggap mampu untuk menambahbaik kesihatan daripada segi mental dan fizikal.

Boleh tepek dekat kulit(urut sekali pun boleh), hidu direct atau biar ianya bebas tersejat dalam bilik/rumah. Ada banyak jenis untuk pelbagai tujuan/fungsi. Daripada bermacam jenis sumber tumbuh tumbuhan.

Benda ni bukan baru. Cendiakawan Andalusia iaitu Ibnu Al Baitar merupakan orang yang paling terkenal sekali dalam bidang ni. Beliau juga merupakan seorang perawat kesihatan, pharmacist tapi paling famous sebagai seorang pakar botanist(Encik Masz*** BUKAN pakar botanist for the record).

Berpuluh ribu jenis tumbuhan member kita ni kaji dan uji. Daripada yang buat lalok sebab ada THC(tetrahydrocannabinol) sampailah yang kalau sedut sekali je terus boleh pitam, cirit birit atau berhalusinasi on the spot. Atau semua benda tu drpd satu bahan. Pendek kata dia test semua benda dan bancuh semua benda. Beratus ratus tahun yang lalu. He did it before it was cool.

Sebab dia ni juga merupakan seorang yang amat teliti mcm idola dia iaitu Ibnu Sina, dia nak test benda nak tengok apa kesan dan adakah benar kesan tersebut disebabkan apa yang dia buat dan bancuh serta beri kepada pesakit.

Antara pencapaian terbaik dia apabila dia berjaya estrak cecair yang apabila dihidu, mampu membolehkan kanak2 yang mengalami tuberculosis/TB(batuk kering) untuk bernafas dengan lebih mudah. Orang dewasa tak membantu sangat. Ada sebabnya. Membantu dan bukan menyembuhkan.

Brader ni yang baru betul-betul kaji jangan keji bro *fistbump*

Tidak dinafikan, banyak kajian terhadap penggunaan essential oils ini banyak manfaatnya. Untuk membantu dalam pelbagai proses. Terdapat juga kajian dimana pengguna rasa lebih konfiden dan bersemangat untuk menjalankan aktiviti seharian mereka. Tiada masalah nak pakai. Tiada masalah nak beli. Tiada masalah nak jual.

Yang menjadi masalah dan yang sering diketengahkan adalah dimana produk2 ini membuat tuntutan perubatan dimana ianya mampu MERAWAT DAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT. Itu tak tepat.

Sebab itu dalam bidang perubatan dan kesihatan, banyak cabangnya. Sebab tu belajar lama. Antaranya adalah anatomi(bentuk dan struktur), fisiologi(fungsi), farmakologi(bagaimana proses berlaku), biochemistry (bagaimana proses bertindakbalas menjalankan sesuatu) dan banyak lagi tak dan nak tulis semua disini.

Penting untuk cakna secara KESELURUHAN dan bukan ambil part kita nak atau suka je. Baru kita dapat lihat the whole picture. Lepas tu baru kita dapat FAHAM. Selepas itu pula baru kita lakukan sesuatu sekiranya terdapat masalah daripada pelbagai aspek dan cabang yang disebutkan diatas. Kalau tak faham, memang sampai kesudah masalah tidak akan selesai.

Kita ambil contoh penyakit asthma dimana pesakit akan mengalami masalah nak bernafas seperti biasa. Perlu usaha lebih. Dada sempit dan rasa ketat. So apa kita buat? Kita elakkan daripada semua itu berlaku(trigger avoidance). Kasi lendir dalam paru2 kurang. Beri ruang lebih dalam salur pernafasan supaya boleh bernafas tanpa rasa susah(extra effort).

Untuk buat itu semua kita kena faham semua aspek, sekali lagi, semua cabang2 yang disebutkan. Sebabnya kesan yang sama itulah yang diberikan selepas penggunaan essential oils(EO). Contoh yang sama untuk penyakit asthma, kita beri bronchodilator macam beta-2-agonist(Ventolin) supaya ruang udara dalam paru2 tidak sempit. Maka bahan dalam EO juga turut boleh merangsang receptor tersebut dan memberi kesan yang sama. Tapi side effects yang diberikan oleh EO boleh berbeza dengan Ventolin(rasa jantung berdebar debar, tangan terketar ketar). Kesan2 tersebut tidak diujikaji dengan sepenuhnya.

Yang menjadi masalah apabila penggunaannya juga tidak bertepatan. Kalau kita beri Ventolin di Burkina Faso, United Kingdom atau Malaysia, dos dia lebih kurang sama je. Approach yang digunakan juga sama(step-wise)/perlu beri rawatan tambahan atau kurangkan rawatan sedia ada. Kita dapat tahu sebab banyak kajian telah dijalankan untuk meneliti berapa banyak dos, kekerapan dos yang diberikan dan indikasi rawatan nak guna apa dsbgnya.

Dalam hal EO pula tidak banyak kajian klinikal seperti itu yang dapat kita lihat untuk dijadikan garis panduan. Berapa titis? Berapa lama? Kepekatan dia berapa? Sebab itu lah kadang jumpa situasi dimana semua itu bergantung kepada penjual dan jenis syarikat yang menghasilkan produk tersebut, ianya boleh berbeza antara satu sama lain(no streamlined guidelines) walhal dari segi penghasilan EO tersebut, tak banyak beza antara satu sama lain.

Turut menjadi masalah kalau guna EO instead of proper treatment sebab boleh jadi lebih teruk, asthma tersebut tidak dikawal dengan baik, menyebabkan masalah ‘airway remodeling’ dan dapat kemudaratan secara berlanjutan. Sebab kalau kita sendiri ganti tanpa indikasi dan pemantauan bertauliah, adakah kita under treat(rawatan tak cukup) atau over treat(terlebih rawatan)? Sesetengah jenis juga boleh menyebabkan alahan(allergies) dan masalah hypersensitivity.

Itu pun baru cerita pasal SATU je penyakit iaitu asthma. Itu belum cerita lagi merupakan satu kesalahan untuk mengiklankan produk dapat menyembuhkan penyakit sekian sekian. Ada garispanduan KKM. Larangan pengiklanan. Ada sebabnya. Ianya dihasilkan supaya masyarakat tidak ditipu atau diperdaya(blindsided) dan untuk melindungi pengguna(safeguard users wellbeing).

Nak guna? Silakan.

Nak jual? Pun boleh.

Nak beli? Duit anda.

Tapi nak claim menyembuhkan dan merawat penyakit, that is a big NO.

Rujukan:

Essential oils used in aromatherapy: A systemic review Babar Ali, Naser Ali Al-Wabel, Saiba Shams, Aftab Ahamad, Shah Alam Khan, Firoz Anwar, Asian Pacific Journal, 2015, https://doi.org/10.1016/j.apjtb.2015.05.007

Adverse effects of aromatherapy: a systematic review of case reports and case series. Posadzki , Alotaibi A, Ernst E. Int J Risk Saf Med. 2012 Jan 1;24(3):147-61. doi: 10.3233/JRS-2012-0568.

S.H. Lee, J.Y. Kim, S. Yeo, S.H. Kim, S. Lim Meta-analysis of massage therapy on cancer pain Integr Cancer Ther (2015), 10.1177/1534735415572885

A systematic review of the effect of inhaled essential oils on sleep. Lillehei AS, Halcon LL. 2014 Jun;20(6):441-51. doi: 10.1089/acm.2013.0311

A Systematic Review of the Anxiolytic-Like Effects of Essential Oils in Animal Models. de Sousa DP, de Almeida Soares Hocayen P, Andrade LN, Andreatini R. Molecules. 2015 Oct 14;20(10):18620-60. doi: 10.3390/molecules201018620

The Effectiveness of Aromatherapy in Reducing Pain: A Systematic Review and Meta-Analysis Shaheen E. Lakhan, Heather Sheafer, and Deborah Tepper. Pain Research and Treatment Volume 2016 (2016) doi.org/10.1155/2016/8158693

Pharmaceutical and therapeutic Potentials of essential oils and their individual volatile constituents: a review. AMR E. Edris, 2007 , DOI: 10.1002/ptr.2072

 

 

Shares