* PENAFIAN: Ini adalah artikel untuk menjelaskan satu situasi buruk yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Hanya untuk kesedaran dan BUKAN untuk dilakukan oleh pembaca. Jika tertangkap, jawablah sendiri dengan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia. Kami sama sekali TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ke atas salah laku anda.

Pengenalan:
Kerap kali kita rasa ingin menyatakan kegembiraan kita dengan jelas atas sesuatu pemberian / nikmat yang diperolehi. Apa yang biasa kita lakukan adalah dengan memuat naik status / gambar / sebarang elemen media ke laman sosial. Ada yang turut sama bergembira, ada yang mendoakan, ada juga yang makan hati barangkali. Biasalah..

Permasalahan:
Sebagai contoh: tiket kapal terbang (seperti Rajah yang dilampirkan). Apa yang anda muat naik sebenarnya adalah maklumat rahsia yang boleh dimanipulasi oleh pelbagai pihak berkepentingan mahupun tidak berkepentingan (suka-suki ranjo). Tambahan lagi, anda meletakkan status tersebut untuk tontonan umum (public). Ini kerana, maklumat yang tertera adalah secara keterlaluan boleh digunakan untuk verifikasi oleh pihak yang mengeluarkan maklumat tersebut dan menyebabkan sebarang pertuduhan/ fitnah / surat layang menjadi sangat serius untuk diambilkira.

untitled

Tijauan Literasi:
– Keyword: Cyber crime, image GPS tagging.
– Antara cara mendidik orang yang tidak tahu kepada tahu dengan berkesan adalah dengan menggunakan ABBM. Cara-cara meng’injek’ arahan ke dalam SQL untuk mencuri data dari sesebuah sistem  online boleh dilakukan secara hands on pada masa kini [1]. Sistem online yang lemah pun boleh dipecahkan oleh para penggodam mahupun anda! Inikan pula maklumat peribadi yang anda sendiri tayang untuk tontonan umum dan boleh dimanipulasi oleh pihak lain!
– Pengguna Internet di Malaysia menghampiri 70% daripada 30 juta penduduk [2]. Konsep “everyone can get connected” sebenarnya sangat berjaya di negara ini berbanding Thailand [3]. Malahan, setiap pergerakan anda juga boleh dikesan oleh pihak Google melalui telefon bimbit / smartphone anda [4]. Oleh yang demikian, adalah dapat dibayangkan bagaimana pihak SKMM dengan mudah mengesan pergerakan jenayah anda apabila bekerjasama dengan pihak polis.

Metodologi:
1. Pastikan keselamatan pihak yang ingin memanipulasi terjamin dari ditangkap pihak berkuasa. Caranya:
– Jangan gunakan telefon awam, telefon bimbit  mahupun telefon telefon wayar. Ini untuk mengelakkan jejak anda dari dikesan oleh pihak telekomunikasi melalui rangkaian komunikasi mereka atau rangkaian CCTV berhampiran lokasi anda.
– Gunakan komputer yang baru diformat (untuk menghindari sebarang jejak digital)
– Gunakan WiFi percuma / yang telah di’hacked’ di tempat umum (spt: McD / pasaraya/ airport dll) – pun begitu, CCTV adalah musuh utama anda.

2. Cipta 1 emel baru yang nampak semacam betul. Sbg contoh (rafizah.ramlay@gmail.com) untuk memulakan serangan. Pilih peak hour (untuk mengaburi CCTV).

3. Masukkan segala fitnah yang anda suka, jika boleh letakkan lampiran gambar beg berisi dadah / senjata berbahaya acah-acah bukti bergambar untuk menyokong fitnah anda.

4. Tekan butang send dan nantikan status terkini dari mangsa anda dalam sehari dua.

5. Bakar dan tanam dalam tanah peranti yang telah anda gunakan untuk modus operandi ini.

Kesimpulan:
Manusia ni, kalau sifatnya nak menganiaya, bukan sahaja pada binatang dia boleh lakukan. Pada diri sendiri dan anak dalam kandungan pun dia boleh aniaya – salah satu caranya dengan membuang pil folic acid ke dalam longkang yang telah dibekalkan secara percuma lalu upload gambar berkenaan ke laman sosial (kufur nikmat). Inikan pula bila berpeluang untuk menganiaya orang yang tiada kepentingan dalam hidupnya. Walaupun pada akhirnya si penganiaya dapat ditangkap kerana menghantar emel pertuduhan palsu / berbaur fitnah, namun buat mangsa yang baru sahaja nak merasa bercuti dengan layanan Kelas Perniagaan, bolehlah mengucapkan selamat jalan pada tiket yang berharga puluhan ribu itu.

Sekian, pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh RoS sempena musim cuti sekolah.

Rujukan

[1] https://www.codebashing.com/sql_demo

[2] World Internet Stat

[3] Tengtrakul, P., & Peha, J. M. (2013). Does ICT in schools affect residential adoption and adult utilization outside schools? Telecommunications Policy, 37(6–7), 540–562. http://doi.org/10.1016/j.telpol.2013.01.002

[4] http://anonhq.com/google-tracking-movement-secretly/

Shares