Skip to content

Tumit anda sakit?? Mungkin anda mempunyai masalah TAJI CALCANEAL

Pernah tak anda menghadapi sakit dibahagian tumit? Mgkn anda mengalami suatu masalah yang dikenali sebagai ‘Calcaneal Spur’.

Calcaneal merupakan salah satu tulang yang membentuk bahagian tumit. Ketika mana tekanan yang berterusan selalu diberikan kepada bahagian tersebut, maka unjuran tulang yang dipanggil sebagai ‘Osteophyte’ akan terbentuk daripada tulang calcaneal

Ada beberapa orang yang berisiko untuk mengalami masalah ini:

1) Orang yang obese
2) Orang yang mempunyai ‘Flat-Footed'(tapak kaki yang rata)
3) Sukan yang melibatkan larian
4) Pemakai kasut tumit tinggi

Beza antara Flat foot dan normal foot

Mereka yang seperti ini akan meningkatkan kadar tekanan pada tumit kaki. Tekanan yang berterusan(repeatitive stress) akan menyebabkan tumbuhnya unjuran tulang dan unjuran ini dipanggil sebagai ‘osteophyte’. Tetapi nama yang lebih spesifik bagi masalah ini kita panggil sebagai ‘calcaneal spur’. dalam bahasa melayunya TAJI CALCANEAL.

Seperti mana yang kita tahu, taji itu kan tajam. Begitulah juga ‘Calcaneal spur’. Ia tajam dan boleh mencederakan tisu sekelilingnya. Apabila seseorang itu mempunyai calcaneal spur dan melakukan aktiviti yang menyebabkan tekanan pada kakinya, calcaneal spur itu akan mengoyakkan tisu-tisu disekelilingnya dan menyebabkan bahagian tumit terasa sakit.

Mungkin tumit anda yang selalu berasa sakit itu disebabkan masalah ‘Calcaneal Spur’ ini
Untuk diagnosis kepada masalah ini, x-ray tapak kaki perlulah dilakukan. Di dalam x ray tersebut akan kelihatan unjuran seperti taji daripada tulang Calcaneal

Cara-cara untuk mengurangkan sakit tersebut adalah:
  • Membuat senaman untuk menguatkan otot betis. Ini boleh menstabilkan sendi di buku lali dan mengurangkan stress pada bahagian tumit.
  • Menggunakan insoles(pelapik lembut bawah kaki) untuk menggurangkan stress pada bahagian tumit
  • Mengelakkan aktiviti-aktiviti dan senaman yang memberi stress pada bahagian tumit seperti berlari ketika sakit
  • Mengurangkan berat badan untuk mereka yang obese
  • Boleh mengambil ubat tahan sakit jika terlampau sakit.

Insoles yang boleh digunakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 − eight =