Skip to content

Teh Rerama, Durian belanda, Green Tea. Adakah benar boleh menyembuhkan kanser?

Kajian di UPM berkenaan teh rerama baru sahaja memasuki peringkat dimana penggunaannya masih dicuba pakai pada tikus sahaja. Kemudian barulah bahan ini akan diuji pada manusia. Ia masih lagi belum terbukti secara klinikal menyembuhkan kanser. Sumber Gambar: Harian Metro

Kebelakangan ini kita kerap kali dikhabarkan produk-produk seperti teh rerama, durian belanda, green tea dan banyak lagi dikatakan mampu merawat dan memulihkan kanser. 

Produk-produk ini selalunya tumbuh bagaikan cendawan apabila media sosial seperti surat khabar menyiarkan berita mengenai kehebatan tumbuh-tumbuhan tersebut.

12140569_10153197037613568_618301816286696924_n

Teh rerama belum lagi dibuktikan pada manusia boleh menyembuhkan kanser

Disebabkan masyarakat kita kurang peka dan faham berkenaan isu yang dibawa dalam media massa, maka mereka terpedaya dengan produk-produk yang dikatakan mampu menyembuhkan kanser. Malah, penjual produk ini juga menjual barangan mereka dengan harga yang sgt mahal.

durian-belanda-ubat-kaanser

Begitu juga durian belanda. Ianya belum terbukti mampu merawat pesakit kanser lagi

Kami ingin memberikan beberapa penerangan agar kita semua mampu berfikir samada produk-produk itu benar-benar berkesan ataupun tidak.

1) Tumbuhan yang mampu membunuh kanser secara in vitro(dalam tabung uji, tidak semestinya mampu membunuh kanser di dalam manusia(in vivo)

Ketika mana kita menjalankan sesuatu ujikaji ubat, kita kena buktikan keberkesanannya pada 2 tahapan iaitu ujian preliminary(ujian yg dilakukan dalam makmal/in vitro) dan ujian klinikal(yang dilakukan pada manusia/in vivo)

Ini kerana majority daripada ekstrak tumbuhan ini menjadi tidak stabil apabila ianya masuk ke dalam badan. Akhirnya, tumbuhan yg dikatakan mampu merawat kanser sebenarnya tidak pun mampu merawat kanser kerana apabila masuk je dalam saluran pencernaan, ianya diuraikan oleh enzyme di dalam badan.

Apabila kompoun aktif itu diuraikan, maka tiadalah keberkesanannya pada manusia.

2) Teh rerama, durian belanda dan green tea hanya baru mencapai tahap ujian preliminary sahaja.

Semua daripada tumbuh tumbuhan tersebut baru mencapai kajian bertaraf preliminary ataupun in vitro sahaja. Maknanya baru diuji dalam makmal sahaja.

Keberkesanan tumbuhan itu dalam merawat penyakit pada manusia belum lagi teruji.

Komponen dalam durian belanda hanya baru menjalani kajian di dalam makmal sahaja. Belum lagi melibatkan manusia


3) Apabila sesuatu ekstrak tumbuhan didapati mampu membunuh kanser, para saintis akan mencari kompoun utama yg manakah yg dikatakan boleh membunuh kanser tersebut.

Sebagai contoh dalam durian belanda ataupun dipanggil sebagai Graviola, kompound aktif yang dikatakan boleh membunuh sel kanser adalah ACETOGENINS.

Disebabkan utk mendapatkan ekstrak Acetogenins dalam buah durian belanda memerlukan kos yg tinggi, maka para saintis cuba menghasilkan kompound synthetic. Ini supaya kos dapat direndahkan dan dos dapat dikawal dengan lebih tepat ketika mana ujikaji pada manusia dijalankan.

Selalunya, selepas penghasilan kompoun synthetic, barulah ujian klinikal dijalankan.

4) Kebanyakkan penjual produk ini menggunakan testimoni untuk menunjukkan produk mereka berkesan.

Mereka hanya mengambil komen2 yang berbaur positif agar masyarakat mempercayai bahawa produk mereka berkesan.

Ini sama sekali melanggar konsep kajian saintifik yang sepatutnya mengambil kira kedua2 belah pihak.

Sebagai contoh, jika ada 100 orang yg kita beri produk tersebut, sepatutnya feedback tersebut perlu diberi balik oleh 100 org itu. Tetapi penjual produk selalunya hanya mengambil 10 org yg memberi komen positif. 90 org yg memberi komen negatif tidak diambil peduli.

Disebabkan itu, testimoni adalah sesuatu bukti yang tidak boleh diterima pakai dalam membuktikan sesuatu produk itu berkesan ataupun tidak terutamanya dalam hal ehwal perubatan.

5) Kebanyakkan penjual produk mengenakan harga yang sangat tinggi bagi produk mereka.

Kami bukanlah ingin menjatuhkan mana2 industri produk di Malaysia, tetapi menggunakan testimoni dan juga kajian yang belum lagi selesai untuk menarik pembeli adalah sesuatu yang tidak beretika disamping mengenakan harga yg sangat tinggi kepada pembeli

6) Di dalam akta makanan dengan jelasnya telah melarang penggunaan testimoni yang bertujuan membuatkan orang ramai percaya bahawa produk tersebut boleh merawat kanser ataupun berfungsi sebagai ubat. Akta Ubat(iklan dan penjualan) 1956 pula melarang pengiklanan produk mereka sebagai ubat kpd 20 jenis penyakit.

Semua produk ini telah diklasifikasikan sebagai makanan dan ianya terletak dibawah akta makanan. Tetapi seringkali kita melihat penjual produk ini mengeluarkan testimoni2 untuk menarik minat masyarakat membeli produk2 mereka.

Senarai penyakit yang tidak boleh iklankan

Disebabkan perkara2 ini, kami mengklasifikasikan penjual produk yg menggunakan testimoni dan juga kajian preliminary ini hanyalah mereka yang cuba untuk mendapatkan keuntungan sahaja.

Jika anda mendapati mereka memberikan testimoni2 seperti ini, kami nasihatkan kepada anda untuk meninggalkan mereka.

Tetapi jika anda hanya ingin beli sebab kemaruk rasa durian belanda, maka silakan.
Harap bermanfaat

6 thoughts on “Teh Rerama, Durian belanda, Green Tea. Adakah benar boleh menyembuhkan kanser?”

  1. setiap yg Allah ciptakan x sia2.. sedangkan lalang tu pun ade faedahnye..huhuhu rahsia alam, kite kene cari dan belajar .. cme nk mengingatkan yg ilmu Allah ni luas, akal manusia xtercapai.. kalau sains xdpt buktikan bukan bermaksud xterbukti..hehe aku bkn penjual ke ape ke ye..

  2. Asalamualaikum…macammana pula dengan ubi kayu/singkong yg dikatakan sebagai penawar kanser ovari baru2 ini….adakah ini benar?

  3. ubat hospital boleh juga tapi tak salah kita cuba cara tradisional, macam aku selalu guna homeopati in sha Allah ok je

  4. Memang betul daun rerama dan daun durian belanda kedua2nya sudah ada bukti kajian lab saintifik, kajian secara saintifik pada pesakit kanser belum ada yang rekod mengikut piawaian lab tetapi saya kenal secara peribadi saudara dekat yang menghidap kanser tahap 4 mengambil banyak ubat hospital dan alternatif semuanya tak jalan sehinggalah dia mengamalkan teh daun rerama. Sakitnya murah kurang dan kini tampak lebih sihat aktif dan sedikit bertenaga.

    Hal kajian secara ‘invivo’ mungkin belum ada atau mungkin sudah ada tapi belum sampai kepengetahuan kita.

    Sama seperti kes durian belanda, ada kajian ‘in vitro’ dan testimoni yg berusia lebih 10 malah 20 tahun. Rahsianya terletak pada daun matang pokok durian belanda.

    WAllahualam,

  5. Siti alia kamaruddin

    Sya pesakit kanser pn x brni nk buat daun2 ni smua buat mnum.durian belanda pn ssh nk cri kt tmpt sya..cma sya bnyk mnum green tea atau jasmine green tea.sbb ska air tu dri sblm sakit lg..x tau plk green tea pn org kta blh smbuhkn kanser..sya pn bru tau 😁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 − 4 =