Skip to content

Produk Cuci Kerak Usus. Benar atau tidak??

Ramai dikalangan rakyat Malaysia yang percaya bahawa wujudnya kekotoran pada usus yang perlu dicuci. Katanya disebabkan kekotoran di dalam usus itulah yg menyebabkan pelbagai penyakit daripada rasa lemah badan sehinggalah punca kanser.

Malah ada yg percaya wujudnya kerak usus yg boleh dikeluarkan menggunakan beberapa jenis produk.

Bukti yg selalu ditunjukkan oleh mereka adalah gambar kamera yg dimasukkan ke dalam saluran pembuangan najis manusia iaitu drpd dubur.

Kami ingin memberitahu beberapa perkara agar para pengguna dan masyarakat mengetahui apa yang sedang berlaku:

1) Usus yang bersih vs Usus yang tidak bersih

Bukti yang selalu ditunjukkan oleh penjual produk adalah gambar kemera yang menunjukkan usus yang bersih dan juga usus yang kotor iaitu yg mempunyai banyak najis. Kata mereka usus yang bersih itu adalah disebabkan orang itu menggunakan produk mereka.

PROSEDUR COLONOSCOPY DAN BOWEL PREPARATION

Ingin saya memberi tahu para pembaca perkara yang sebenar. Sebelum prosedur memasukkan kamera ke dalam saluran najis(Colonoscopy) pesakit akan menjalani satu prosedur.

Prosedur ini dipanggil sebagai ‘persediaan usus'(Bowel preparation). Bermaksud kita hendak menyediakan usus pesakit supaya bersedia untuk dimasukkan kamera. Dalam prosedur ini semua najis perlu dikeluarkan sebelum prosedur colonoscopy itu dibuat.

Utk bowel preparation, selalunya kita akan beri ubat yang akan membuatkan seseorang itu mengeluarkan majoriti najis. Bukan setakat itu sahaja, beberapa hari sebelum itu, pesakit dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan yang mempunyai fiber yg tinggi termasuk daging dan susu kerana ia susah untuk dicernakan di dalam usus.

Kita masuk pula bahagian yang membongkar penipuan. Gambar usus yang kotor itu hanya menunjukkan pesakit tidak melakukan prosedur ‘bowel preparation’ dgn betul sahaja membuatkan najis masih tertinggal di dalam usus. Tidak lebih drpd itu. Tetapi pengusaha produk menafsirkan benda lain pula.

Jika dia mengikuti arahan yang diberi, insyallah ususnya akan bersih. Dan ini memudahkan doktor yang melakukan prosedur colonoscopy tersebut.

Sbg tambahan, jika usus terlampau kotor ketika prosedur colonoscopy, paling kurang pun doktor akan batalkan prosedur itu dan bagi appoinment utk buat bowel preparation dengan betul. Doktor langsung tidak akan kata usus awak kotor dan membuat kesimpulan awak banyak penyakit.

prep-images

Gambar menunjukkan tahap ‘Bowel Preparation’

2) Produk membersihkan usus

Gambar yang selalu digunakan dalam internet yang menunjukkan usus bersih dan usus kotor itu hanyalah penyalahgunaan gambar. mereka menggunakan gambar tersebut utk memberi kefahaman yang salah kepada masyarakat.

Sedangkan gambar itu hanya menunjukkan pesakit tidak menjalani persediaan usus yang betul. Itu sahaja.

Malah tak pernah para doktor suruh pesakit mengambil produk2 seperti yang digembar gemburkan dapat membersihkan usus sebelum prosedur colonoscopy

Gambar itu hanya digunakan supaya masyarakat mempercayai produk mereka.

20161121_174407

Gambar produk yang hanya bertujuan untuk promosi

3) Kewujudan Kerak Usus

Ramai yang percaya kewujudan kerak usus. Katanya makanan yang lama boleh terhenti dan tersimpan di dalam usus sehingga menjadi satu lapisan. Lapisan makanan yg lama ini dipanggil sebagai kerak usus.

Ingin saya bertahu pada para pembaca bahawa pegerakkan usus akan sentiasa berlaku dan dinding usus sendiri boleh menghasilkan enzim ataupun bendalir untuk mengelakkan najis daripada sentiasa melekat pada dinding usus. Nak bawa maksud disini bahawa sebenarnya tidak wujud istilah kerak usus.

Tanyalah para doktor yang selalu membuat prosedur endoskopi, adakah mereka pernah menjumpai kerak usus? Jawapannya sudah tentu tidak. Saya pun sebelum ini selalu melihat doktor pakar buat colonoscopy dan saya tidak pernah menjumpainya.

Kerak usus yg viral sebelum ini merupakan makanan yang tidak tercerna mungkin disebabkan pemakannya tidak mengunyah makanan tersebut dgn betul.

20161121_174442

Artikel Mitos yang Lain

Minum Kicap Anak Jadi HitamMakan Nanas Punca Keguguran
Mandi Malam Punca Paru BerairLumpuh Sebab Ambil Air Tulang Belakang
Gelombang Telefon Punca KanserMSG punca Sakit Kepala
Rawat Stroke Dengan Cucuk JariEpal Stem Cell bagus untuk Kulit
Belimbing Buluh Kurangkan Kuning BayiPanadol Punca Hati Rosak
Rawatan Ozon TerapiDiet Ikut Jenis Darah
Penjual Air Reverse OsmosisKeluarkan Darah Rawat Gout
Cuka dan Garam untuk Buang Tenaga NegatifTerapi Rendaman Kaki Ion
Vitagen Punca KanserProduk Cuci Kerak Usus
Mandi Waktu Peluh Punca Panau

24 thoughts on “Produk Cuci Kerak Usus. Benar atau tidak??”

  1. pernah juga ade hasrat nak beli produk cuci kerak usus. Bnyk jugalah research ttg produk ni. akhirnya terjumpa artikel ni. Sungguh tak percaya tapi saja nak dengar pencerahan penjual produk masa kini. gaye deme ngabor pase produk udah mcm doktor pakar…walhal tolong juai je pun..

  2. Saya harap pihak root of science dpt beri pendapat tentang produk dari china yg yang didakwa boleh membersihkan ‘plak’ dlm saluran coronary jantung.. adakah betul …

  3. Btul tuh diorg semua menipu pasal produk tuh..sbb sya baru aje jalani edoskopi..siap dia bagi dvd lagi..sya lihat usus sya bersih dan takde pun kerak usus..ni semua menipu..

  4. Kalau mucoid tu bukan kerak usus..apa benda sebenar gambar tu?..sy sangat concern pasal ni sebab hampir terjebak cari supplement berkenaan..tapi musykil sebab panjang gila..cam x logik.. sy baru alami abdominal pain, and doct scan termasuk bhgn usus..so, boleh nampak certain part kat usus tu cam gelap..kata Dr. itu makanan lama yg tidak dihadam..ada baiknya saya cari mkanan tinggi serat atau supplement utk cuci usus..kata Dr. tu..so, kalau bukan kerak..apakah ia..

  5. Tq atas info tuan.
    Ade produk lulus kkm (sy dh search) yg sy rase kandungan nye lulus tp cara dia jual tu x betul sbb dia mempromosi kononnye dia boleh buang kerak usus.

  6. Hai salam encik @Root of Science

    jika ia tidak disebut sebagai kerak usus, jadi ia disebut sebagai apa ya?

    toksin? toksik?

  7. Saya nak bertanya tentang produk yang tengah hangat di pasaran, clean 8.melalui pembacaan saya, antara kegunaan produk ini adalah ia dapat mengempiskan perut buncit,menmbuang toksin dlm perut (yg dikatakan punca perut boroi).adakah ini betul? Dan produk ini mendapat sijil halal jakim.

  8. Saya sebagai pengguna kadang² rasa keliru.yang menjual produk ni tahu ke apa sebenarnya kegunaan produk itu.
    Dan seperkara lagi, betul ke produk tersebut untuk kegunaan seperti yang diceritakan.

  9. tq for that good information. btw nk tanya kalau orang yang perut buncit atau lebih dikenali sebagai boroi adakah disebabkan usus juga atau tidak memiliki gaya hidup dan permakanan yang sihat? minta nasihat please.

    1. Boroi ni sebab tak jaga makan Tuan. Insyallah dengan diet dan juga senaman akan mengurangkan boroi tersebut

  10. masyarakat pengguna

    Nk jual sebarang produk boleh..xde masalah.yg penting bukan produk yg menipu penggu a. Beritahu perkara sebenar.jgn gunakn gmbr2 dlm google pastu kaitkn dgn produk yg di jual.sedangkn org yg jual produk tu pn belum tentu guna produk tu. Sb dia hanya menjual shj. Itu mksd admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 − twelve =