Merungkai mitos: Betul ke ada diet ikut jenis darah?

Post ini tersebar di media sosial terutamanya di dalam facebook. Berkenaan dengan diet mengikut jenis darah. Dalam post tersebut ada menyatakan orang yang darah jenis O mempunyai darah yang lebih berasid drpd orang yg mempunyai jenis darah yang lain.

Post yang viral di media sosial

Ada beberapa perkara yang kami ingin perbetulkan

1) Keasidan ataupun nilai pH dalam darah tidak bergantung dengan jenis darah. Ini kerana jenis darah seperti O, A, B dan juga AB digunakan dalam mengenal pasti jenis darah yg sesuai ketika mana pemindahan darah dilakukan sahaja.

Kerana jika darah yg digunakan itu salah, maka blood transfusion reaction akan berlaku dan ia boleh mengancam nyawa pesakit. Sejarah penemuan jenis darah ABO ini dijumpai ketika mana kajian berkenaan pemindahan darah dilakukan. Ia langsung tidak mempunyai kaitan dengan pemakanan.

Sebagai tambahan, tiada sebarang journal ataupun kajian yg betul-betul boleh diterima pakai untuk mengatakan adanya kaitan diet dan juga jenis darah

Tiada kajian yang menunjukkan kebaikkan diet mengikut kumpulan darah

2) Nilai pH dalam darah darah dikawal rapi oleh sistem badan. Ia terletak diantara pH 7.35-7.45. Jika pH tersebut kurang ataupun terlebih drpd julat itu, sistem badan akan sedaya upaya mengekalkannya pada pH itu. Ini kerana enzim, hormone, struktur sel dan sebagainya memerlukan pH yang sesuai untuk menjalankan prosesnya secara normal. Jika pH berubah, ia akan mengganggu struktur kompoun tersebut dan menyebabkan ia tidak boleh menjalankan fungsinya.

Organ-organ utama utk kawalan pH dalam darah adalah buah pinggang dan juga paru-paru.

Buah pinggang dan paru-paru merupakan salah satu organ yang mengawal pH dalam darah

Walaubagaimanapun, ada tempat-tempat dalam badan yg mempunyai pH yg berlainan. Seperti di dalam perut, pH nya boleh menjadi serendah 3(bersifat asid). Ia bertujuan untuk membunuh bakteria yg masuk ke dalam perut dan juga untuk mengaktifkan enzim-enzim yg dirembeskan ke dalam perut. Tetapi di dalam usus kecil pula, ia mempunyai pH yg tinggi(bersifat alkali) yg juga bertujuan untuk mengaktifkan enzim di dalam usus tersebut supaya proses pencernaan dpt dilakukan

3) Kopi tidak bersifat asid. Anda sendiri boleh uji dengan menggunakan kertas pH untuk melihat samada ia asid ataupun tidak.

Tetapi perlu diketahui kafein di dalam kopi boleh menyebabkan keasidan di dalam perut bertambah. Ini kerana caffein boleh meningkatkan penghasilan hormon gastrin di dalam perut.

Hormon gastrin pula berfungsi untuk merembeskan asid hydrochloric ke dalam perut. Disebabkan asid semakin meningkat di dalam perut ia boleh menyebabkan masalah yang orang melayu selalu sebut sebagai angin ataupun gastrik. Istilah yg tepatnya adalah gastritis

Akan tetapi punca gastrik yang paling utama adalah jangkitan bakteria yg bernama Helicobacter Pylori. Bakteria ini akan merosakkan lapisan sel yg melindungi perut daripada hakisan asid. Lapisan sel itu berfungsi utk menghasilkan mukus(bendalir) yg digunakan untuk melindungi dinding perut. Disebabkan lapisan itu rosak, maka asid yg terhasil akan menghakis dan menyebabkan keradangan pada dinding perut.

stock-vector-the-main-causes-of-gastritis-alcohol-fast-food-cigarettes-coffee-345217928

4) Tiada kajian yg menunjukkan adanya kaitan di antara diet permakanan dengan jenis darah yg kita miliki.

Jika anda mempunyai darah jenis O dan anda nak minum kopi, silakan. Tiada masalah. Tetapi jika anda selalu mempunyai simptom gastrik walaupun anda bukan berdarah O, anda diminta untuk mengurangkan ataupun mengelakkan minuman tersebut. Kerana ia boleh menyebabkan serangan gastritis itu berlaku

Jangan lupa follow penulis artikel ini di twitter.

Sila like page kami Root Of Science

2 Replies to “Merungkai mitos: Betul ke ada diet ikut jenis darah?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.