Ada dikalangan ibubapa yang memberi air kosong kepada bayi yang baru dilahirkan. Katanya susu mereka tidak cukup. Maka air kosong ataupun air glukosa diberi untuk mengenyangkan bayi tersebut.

Ingin kami beritahu bahawa pemberian air kosong pada bayi boleh menyebabkan bayi kekurangan zat dan perkembangan bayi menjadi terbantut. Ini kerana air kosong tidak mempunyai apa-apa zat seperti protein, garam, kalori yg berbentuk lemak dan gula.

Dalam kes yang serius, bayi boleh mengalami sawan dan koma jika berlakunya ketidakseimbangan garam ataupun kekurangan gula(hypoglycemia).

Pemberian air glukosa pula boleh menyebabkan ketidakseimbangan unsur garam didalam badan seperti yang saya katakan di atas. Ini kerana air glukosa hanya mempunyai kalori sahaja. Tiada garam di dalamnya.
Bukan itu sahaja, Ia juga akan membuatkan kanak-kanak memilih untuk minum minuman yang manis sahaja dan menolak susu.

Bayi minum air glukosa dan kuning yang berpanjangan

Sebelum ini saya pernah berjumpa seorang ibu yang membawa bayinya sebab kekuningan(jaundice). Bayi tersebut sudah 20 hari lebih dan masih lagi kekuningan. Bacaan serum bilirubinnya adalah 200 lebih.

Serum bilirubin merupakan kompoun yang menyebabkan kekuningan. Ianya perlu diproses di dalam hati supaya ianya larut air dan boleh disingkirkan ke dalam usus kecil melalui saluran hempedu.

Apabila diperiksa berat bayi tersebut hanya naik sedikit sahaja jika nak dibandingkan dgn berat lahir dia iaitu 2.2kg. Berat ketika waktu saya periksa adalah 2.3kg. Naik 0.1kg sahaja. Saya pun merujuk bayi tersebut ke hospital untuk mengesan punca kuning yang berpanjangan(Prolonged jaundice).

Prolonged jaundice(kuning yang berpanjangan) didefinasikan sebagai bacaan serum bilirubin melebihi 150 setelah umur bayi mencapai 14 hari(bagi bayi yang dilahirkan cukup umur)

Sebelum ibu tersebut keluar daripada bilik, baru saya perasaan yg botol susunya mengandu air yg jernih. Saya pun bertanyakan berkenaan air tersebut. Ibu itu menjawab yang air itu adalah air glukosa.

Persoalan saya terjawab. Mungkin inilah penyebab yang membuatkan berat bayi itu tidak naik dan juga kekuningan yg berpanjangi.

Kekurangan zat menyebabkan kekuningan yang berpanjangan

Salah satu komponen yang diperlukan untuk mengurangkan kuning pada bayi adalah enzim iaitu sejenis protein yang diperlukan untuk proses metabolisma di dalam badan. Perlu diingatkan penghasilan enzim memerlukan asid amino yang berasal drpd protein.

Dalam kes pemberian air glukosa, bayi tidak dapat sumber protein yang mencukupi dan penghasilan enzim pun tidak dapat berlaku secara effektif. Ini menyebabkan bayi mengalami kekuningan yang berpanjangan

Nasihat kami

Rekomendasi kami sudah tentu SUSU IBU yang merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi. Bukan sahaja mempunyai zat yg mencukupi, malah mempunyai antibodi yang mampu mengelakkan bayi menghidapi beberapa jenis penyakit

Shares